Lunch Salted Egg Chicken di Kedai Kopi Jalan Ampas, Cyberjaya | Ciksun lunch dekat sini masa gi ambil gambar korporat kat kedai gambar di Reka Scape. Unplanned, ingatkan lepas ambik gambar nak terus balik rumah je. Tak jadi pulak, rasa nak try makan kat Kedai Kopi Jalan Ampas ni. Menarik konsep kedainya.
Dengan hiasan klasik mengenang pelakon-pelakon era kegemilangan Lagenda P. Ramlee. Set pinggan yang digunakan pun pinggang antik bunga kangkong tu. Kalo Pak Cik Mat Gebu datang makan kat sini, mesti dia suka. Menu-menu dia tak banyak sangat tapi semua menarik. Ciksun share kat bawah antara menu yang ditawarkan kat sini.
Sepatutnya ciksun order Salted Egg Calamari, sotong lah kan. Ciksun tulis sendiri dekat Remarks dalam order. Tapi yang sampai kat ciksun Salted Egg Chicken. Alamak, ciksun check lah resit. Memang cashier isikan Salted Egg Chicken. Tak pe lah, mujur tak bayar Salted Egg Calamari, yang tu mahal sikit dari Chicken ni. Kalo bayar Calamari, tapi dapat Chicken, haa baru lah ciksun bangun pergi mintak tukar.
Boleh lah, boleh tahan sedap makanannya walaupun rupa dia pucat lesi. Ciksun teringat Buttermilk Chicken bila tengok. Tapi berasa lah salted egg tu. Next time boleh cuba menu lain pulak. Laksa Johor dalam menu sarapan pagi tu memanggil-manggil.
2 Comments
Eh eh.. nak pergi sinilah nanti.
ReplyDeleteCyberjaya memang banyak port makan best2 kan..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com