Alhamdulillah, Ciksun Dah Konvo! | Sebulan yang lepas, 16 November 2024, ciksun akhirnya dapat join Majlis Konvokesyen UTM yang ke-68. Sepatutnya ciksun join majlis tahun lepas, tapi disebabkan last year ciksun dekat Korea, tak dapat la nak turut serta dalam majlis ke-67 tu. Seawal sebulan sebelum dah ada berita tentang tarikh konvo, ciksun terus survey airbnb sebab family adik dari Shah Alam nak turun JB meraikan konvokesyen ciksun. Dapat la satu airbnb dekat KSL D'Secret Garden, Kempas Indah.
11 November, ciksun ambik jubah dekat F54, UTM. Senang dan sistematik urusan pengambilan jubah konvo sekarang berbanding 10 tahun lepas. Walaupun ramai yang menunggu turn, kaunter banyak, so lancar aje urusannya. Ciksun dah ambik early certificate dulu untuk urusan kerja kat Busan, jadi masa ambil jubah kena pulangkan dulu early certificate tu sebagai cagaran untuk kita pulangkan jubah konvo nanti. Hari yang sama, ciksun sempat amek gambo dengan supervisor and co-supervisor ciksun, serta research group members yang konvo sesama. Ambik gambar awal sebab supervisors takde pada 16hb tu.
Then 15 November, family adik ciksun dah gerak dari Shah Alam ke JB. Ciksun dengan adik bongsu gerak lewat petang dari Melaka sebab ciksun ada workshop kat sana. Malam dalam pukul 8 sampai JB, singgah AEON Taman Universiti kejap carik kasut untuk adik ciksun. Dia terlupa nak bawak kasut formal. Terpaksa la beli baru. Tu pun ada lagi dalam kereta ciksun kasut dia sampai sekarang. Tak muat beg dia nak bawak balik Sarawak. Ade sape-sape kaki besar cari kasut bertutup formal? Boleh PM ciksun ye, ciksun nak jual balik 30% sebab pakai sekali je hahaha!
Lepas dapat kasut, kitorang terus gerak ke Kempas Indah, adik ciksun dari Shah Alam dah check in kat sana. Sampai sana, suami ciksun dah tunggu dah. Kereta boleh masuk parking dua biji je, jadi suami parking kat luar, naik kereta ciksun untuk masuk dalam. Dah la kereta penuh dengan barang lepas workshop. Kesian suami ku duduk belakang muat-muat ontot. Haha.
Tak sempat amek gambar airbnb, gambar view je sempat snap pagi Ahad sebelum check out. Nampak lah construction hotel 1975 Avenue & Hotel tu masih dalam progress. Bila nak siap, tak tauuu! Tapi overall selesa je penginapannya, anak-anak buah ciksun siap dapat pergi swimming pool sebelum pergi UTM. Sampai lambat datang UTM sebab syok bermandi-manda. Haha! Nah gambar-gambar masa konvo!
Suasana dalam Dewan Sultan Iskandar masa sesi pagi 16 November 2024 |
Mekasih suami datang join conferment session and belikan bunga Lily idaman, haha❤️ |
Terharu diorang datang buat surprise, ingatkan Ibah sorang je nak datang. Rupanya diangkut sekali kak Ila dari Melaka dan Nada dari KL. Thanksss tau korang!!!! |
Mekasih for the munge, sempat ambil gambar dengan Ida may officemate kat P19A, geng bergosip dan meluahkan perasaan. Haha. |
Sempat la adik sekeluarga bersama anak-anak buah datang bergambar dekat tasik, kak Ajan pun datang sekejap. Mekasihhh semuanya! |
Alhamdulillah, walaupun tak sempat ambik gambar studio dengan family sebab timing memasing tak kena, tak pe lah. Ada gambar buat kenangan pun jadi lah. Mekasih semuanya yang dalam gambar dan juga yang takde dalam gambar, yang ucap tahniah kat ciksun dekat social media, yang whatsapp, dan sebagainya.
Now the time tu mengorak langkah di luar pulak. Doakan ciksun!
Ok bye!
1 Comments
Tahniah Cik Sun...semoga terus success dalam apa jua bidang yang dceburi ye...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com