Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel | Tanggal 19 November 2024 yang lepas, birthday Sis Lin, ciksun berpeluang untuk join Global Day of Discovery (GDOD) tahun ni dekat Renaissance Johor Bahru Hotel. Sejak sekian lama tak ke Renaissance JB walaupun banyak je aktiviti makan-makan atas kekangan masa sebab tiap petang Jumaat ada meeting, akhirnya dapat jugak ciksun jejakkan kaki kat sana.
Dengan kewujudan di hampir 40 negara, Renaissance Hotels, sebahagian daripada portfolio hebat Marriott Bonvoy yang merangkumi lebih 30 jenama hotel, terkenal kerana membawa pengalaman tempatan sebagai ciri utamanya. Renaissance Hotels menghubungkan travelers dengan semangat unik setiap komuniti di seluruh dunia. Setiap lokasi mencerminkan budaya dan keunikan persekitarannya melalui ruang yang direka dengan teliti, dengan bantuan Renaissance Navigators, dan acara tahunan GDOD yang meriah – satu sambutan yang meraikan perniagaan tempatan di lebih 170 hotel mereka di seluruh dunia.
Untuk sambutan tahun ke-10 GDOD kali ni, Renaissance Hotels seluruh dunia memperkenalkan R Finds, platform digital global untuk meraikan dan menyokong artisan, pencipta, dan perniagaan kecil tempatan. Platform ni menghubungkan travelers dengan jiwa komuniti di mana Renaissance Hotels berada. Bermula dengan lebih 175 produk yang mewakili 175+ hotel Renaissance di seluruh dunia, R FINDS bukan sekadar pasaran dalam talian – ia adalah jambatan budaya yang membawa keunikan setiap kawasan kepada pengembara walau ke mana aje diorang travel, menawarkan akses eksklusif kepada "hidden gems" dan perniagaan kecil di seluruh dunia. Dengan marketplace platform tanpa komisen ni, korang boleh dapatkan barangan kraftangan, makanan, hiasan rumah, hingga ke seni pakaian dengan mudah je tau!
"With the launch of R FINDS, we're evolving Global Day of Discovery from a one-day celebration of localism to a platform that fosters meaningful connections year-round. This digital marketplace connects travelers instantly to unique makers from around the world, providing that our commitment to generating positive and sustained impact for our neighbors extends far beyond the walls of each hotel." - Shibil Malik, General Manager of Renaissance JB Hotel.
Para tetamu yang berkunjung ke Renaissance Hotels di seluruh dunia sempena GDOD boleh menyaksikan transformasi program khas Evenings at Renaissance menjadi Evening Markets – versi istimewa pasar malam yang menampilkan vendor tempatan, suasana karnival jalanan, makanan dan minuman,, serta persembahan langsung yang menyerlahkan elemen dramatik Renaissance. Pengembara dan tetamu tempatan dijemput untuk menikmati produk artisanal yang unik dan merasai budaya tempatan dalam suasana meriah ala pasar malam.
Untuk event GDOD dekat Renaissance JB hari Selasa yang lepas, kitorang berpeluang tengok persembahan dari Keyin the Saxophonist dan Ellen & Tim. Evening Markets pulak menampilkan tujuh vendor tempatan yang unik, dengan produk artisanal dan hidangan istimewa diorang, memberikan pengalaman yang penuh dengan rasa asli Johor Bahru. Event ni bukan je mengetengahkan kekayaan budaya tempatan tetapi jugak mengeratkan semangat komuniti, menjadikan GDOD satu acara yang benar-benar bermakna dan memorable. Sempat ciksun grab Pineapple Kopie dengan Sabun Nenas dari Palmy Studio Venture tu tau! Wangiii sangat bau sabun dia!
Tapi yang paling tak boleh dilupakan seketul ciksun,
haruslah Sushi Pulut Kuning Rendang Ayam
dan Cream Puff Durian
😆
Korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang R Finds di
dan lebih info tentang Renaissance Hotels melalui laman web
💜
1 Comments
Nampak meriah sambutannya.
ReplyDeletePastinya ada makanan yang lazat2.
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com