Putri Kim Korean Restaurant, Taman Sri Gombak | Ciksun makan kat sini dengan dak Nada bulan Ogos yang lepas. Punya la lama, baru terperasan gambar banyak kat galeri. Jadi, kita share la dekat sini sebab makanannya pun not bad. Restoran ni letaknya dekat Taman Sri Gombak, jumpa dak Nada yang dah pindah duduk KL kat sini, alang-alang ciksun ada nak ke kandang KYA Gombak masa tu. Dak Nada pulak teringin nak makan Korean food, jadi bila google, jumpa yang ni.
Restoran ni kat tingkat atas, vibe dia sama macam dekat Busan. Kalo jumpa kedai makanan halal kat Busan, mostly kedainya dekat tingkat atas. Bila masuk dekat dalam kedai, lagi la mengimbau memori. Simple betul kat dalam dia, then kerusi meja pun ada beberapa aje. Suasana dia buat ciksun dengan Nada teringat makan dekat Bakso Bejo Busan dan Warung Mbak Tia.
Menu-menu dia macam fusion juga. Tapi ntah lah, ciksun lupa nak ambik gambar menu dia. Hadoiii. Memang tak terfikir nak update kat blog, tapi amek gambar makanan kemain ek? Perbuatan tak seiring dengan fikiran. Kahhh! Meh tengok gambar makanan yang kitorang order je lah.
Ciksun teringin tteokbokki, sebab tu order tteokbokki tu selain dari nasi dengan ayam goreng Korea. Nada order sejenis jjigae yang ciksun tak ingat sama ada kimchi-jjigae ke sundubu-jjigae. Ada daging banyak dalam tu. Overall sedap juga makanan dia, tteokbokki tu pedas gila, haha. Kimchi dia macam tak kena dengan tekak ciksun, entah lah lain ingredientsnya.
But recommended lah untuk korang yang duduk area sana and teringin makanan Korea. Boleh repeat next time dengan kawan-kawan lain pulak.
Putri Kim Korean Restaurant
📍 45A, Jalan SG 1/6, Tmn Sri Gombak, 68100 Batu Caves
📲 +6011-3330 3788
⏰ 10 pagi - 9.45 malam
6 Comments
kita dok sri gombak tktau pn ada restoran korea ni....tp kalo menu korea jenis yg mcm kfry tu ok kita mkn ..yg menu mcm ni mcm tk tertelan plak
ReplyDeleteKalau tengok dalam k-drama, rata2 restoran yg dorg pergi makan mmg simple macam ni kan, bangku meja aje. Ni mmg makan takde santai² duduk lama la, sakit pinggang, hehehe.
ReplyDeleteLama x makan Tteokbokki..sedapnyaaaa
ReplyDeleteOoo.. Nada dah pindah KL.. Sunah pun dah pindah KL ke? Kita belum pernah try sebarang korean food.. jenis tak berani cuba..haha
ReplyDeleteTangga dia warna warni macam tangga batu caves
ReplyDeleteNama kedainya menarik..Membuatku tertarik nak Komen entri ni 🤩 Ok, kalau ke KL bolehlah singgah...Masheh info!!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com