Jenguk Anak Daraku Ailee Farisya Sebelum Dia Pindah Seremban | Jarang-jarang ciksun kongsi dekat sini, tentang anak dara ciksun yang seketul ni. Kalau dekat Tiktok, memang bertimbun la video dia. Sampai Sis Lin pun tanya, kenapa haa asyik video kambing? Hahaha!
Perkenalkan anak dara ciksun, Ailee Farisya a/b Ertugrul. Cantik tak Ailee acik angkel? Ahihihi. Umur dia baru nak masuk 7 bulan, lahir 31 Mac 2024. Masa lahir dulu, ciksun yang tarik dia keluar masa ibu dia memberanaki. Nora melahirkan 3 ekor anak kambing, tapi Ailee yang bongsu aje survive. Dua ekor lagi abangnya lemah sejak lahir, tak boleh nak bangun. Kalau tak, Ailee mesti ada banyak abang termasuk yang tak sama ibu (Azim Naim) dan tak sama ayah (Rexton).
Ailee masa lahir pun da besar, jadi masa umur dia 4 bulan, dia lagi besar dari kakak-kakak yang dah umur 6 bulan. Baka jamlo Ertugrul turun kat dia dengan telinga panjang dan rangka yang besar. Tapi sebab mix breed, dia tak sebesar baka jamlo yang tulen. Pattern muka dia ikut Nora, kaler pun sama, anak manja yang kalo terpisah dengan ibu, nanti dia nangis jerit-jerit. Tapi ada masanya, dia nak main dengan kawan-kawan pun nangis jerit-jerit, mintak keluar.
Satu sifat Ailee ni yang ramai Kambing Rangers (KR) tahu, dia sukar untuk kita pegang. Dia tak manja dengan manusia macam sesetengah kambing yang lain. Jenis takut orang datang dekat. Nanti dia mengundur atau mengelak bila kita sua tangan. Ciksun datang beberapa kali jumpa dia pun, dia masih tak kenal. Tapi last day dia kat Gombak hari tu, dia bagi pulak ciksun pegang dia lama-lama. Mungkin sebab tahu lepas ni lama lagi la omma nak datang tengok dia.
Dah tak ada kandang Kambing Yang Aneh (KYA) di Gombak ya kawan-kawan. Kandang dah pindah ke Seremban sebab tapak kat Gombak tu digunakan oleh kerajaan untuk projek ECRL. Makanya, jauh la ciksun nak menjenguk kalo ke Shah Alam or KL lepas ni. Walaupun Seremban tu tengah-tengah, tapi kalau saja-saja nak pergi kandang tu kena plan betul-betul dengan KR yang lain, boleh la book homestay sama-sama. Tak dapat nak on the spot pergi on the weekend macam sebelum-sebelum ni.
Bulan Disember nanti akan ada grand opening kandang KYA Seremban. Tengok lah, kalo takde apa-apa halangan, insya'Allah omma datang jenguk Ailee.
4 Comments
Comelnya Ailee. Terus teringat penyanyi Ailee tu. Comel kejadian mix breed kambing ni. Biasa anak kambing dia lincah dan aktif kalau dengan manusia pun. Ailee ni pemalu orangnya. hehe...Seremban kat mana tu? Jadi orang Sombanlah dia.
ReplyDeletekat Ampangan, sebelah masjid tu...jemput la datang tengok Ailee...memang dari nama Ailee Korean singer tu ahihihi
DeleteCantik bulunya. Macam manja tu.
ReplyDeletemanja bila nak mintak makanan hahaha
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com