Ticker

6/recent/ticker-posts

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot | Minggu lepas, ciksun bawak anak buah pergi tengok wayang. Hari last cuti sekolah, dapat jugak luangkan masa dengan diorang. Kesian, seminggu cuti, bunda ade weksyop, tak dapat nak bawak diorang jalan-jalan. Tapi ada diorang kisah? Diorang dapat jalan-jalan dengan ibu ayah pergi wet world. Huh! Bunda yang patut dikesiankan, hahaha!

Maka, habis je weksyop, ciksun terus ajak diorang gi jalan-jalan. Ibu diorang cakap Aisyah Sarah suka tengok movie, so bawak je la tengok Wild Robot kat TGV Central i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Hari Jumaat kalau tak silap ciksun, pagi kul 10 kitorang keluar rumah. Da pesan kat diorang, buang air sesiap. Bunda takmo bawak keluar pergi toilet time tengok movie. Hahaha!

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot

Ciksun siap da belikan set popcorn masa booking, tapi Aisyah cakap nak nachos, so belikan lah dia nachos tu. Licin bekas tu dia jilat cheese sampai habis walaupun nachos da yilekk. Kemain suka dia makan benda tu. Dak Sarah pulak dah separuh movie, dia cakap sejuk. Waduhh, bunda suruh pakai sweater tadi, tak nak. Dah kena duduk sekali dengan bunda nak bagi panas. Hahaha, macam-macam ye kalo bawak budak-budak ni.

Bawak Aisyah Sarah Tengok Movie Wild Robot

Habis tengok movie, keluar amek gambar kejap kat ruang legar depan TGV tu. Then pergi lunch dekat Marrybrown sebelum balik rumah. Sampai rumah, terbongkang masing-masing kepenatan termasuk lah bunda. Wakakaka!

Esok ciksun nak bawak diorang keluar lagi sebelum balik Johor, tapi takde idea pulak hai nak bawak ke mana. Ingat nak pergi Muzium Beryl's tapi tak sesuai pulak ibunya kata kalo Ayub join sekali. Jalan-jalan kat tasik je lah camni 😂

Post a Comment

1 Comments

  1. Kiut anak buah kitak. Mengingatkan kmk dgn anak empuan kmk 2 org time umur gitok. Rindu eh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com