Ticker

6/recent/ticker-posts

Akhirnya Pergi Picnic Je Hujung Minggu Sebelum Balik JB

Akhirnya Pergi Picnic Je Hujung Minggu Sebelum Balik JB | Hari last kat Shah Alam sebelum balik JB, Sabtu pagi yang mendung, ciksun gi picnic dengan adik and anak-anak buah dekat Taman Tasik Shah Alam je. Tak jadi ke Muzium Beryl's sebab fikir weekend mesti ramai orang, then hari Selasa kang Aisyah dengan ibu dia memang nak ke sana. So, ibu dia tak nak gi dua kali. Padahal ciksun yang teringin nak ke situ. Next time la ciksun pergi sendiri, ahihihi.

Semangat Aisyah Sarah bangun awal hari Sabtu, mandi and sesiap nak pergi tasik. Pukul 8 pagi gerak dari rumah, singgah beli Nasi Lemak, Roti Canai and Kuih-muih dekat restoran Sidah, beli susu dekat Petronas, then gerak ke Wet World Shah Alam. Parking depan Wet World tu aje. Tempat rekreasi sebelah Wet World tu, ramai jugak pagi Sabtu. Siap ada orientasi student freshie rasanya hari tu.

Akhirnya Pergi Picnic Je Hujung Minggu Sebelum Balik JB

Aisyah Sarah memang paling hepi lah sebab dapat main dekat playground. Tapi wajib la brekfes dulu sebelum gi main. Banyak jugak dak Aisyah makan, dia yang request roti canai tu, then nasi lemak pun dia makan. Dah siap makan, boleh terus pergi main kat buaian. Ibu dengan bunda sambung makan dengan Ayub. Time tengah makan tu ada jugak salesman datang jual pewangi rumah, volunteers datang promote event diorang yang akan datang.

Akhirnya Pergi Picnic Je Hujung Minggu Sebelum Balik JB

Ada event khas untuk mental illness awareness dekat tempat kerja. Fuhh, ciksun pandang adik, adik pandang ciksun. Nape kene sangat timing diorang ni 😂 Tapi tak sempat join webinar tu, dah lepas kot? Kalau korang nak tahu ape aktiviti semasa by Malaysian Mental Care (MeCare) ni boleh gi kat IG diorang: mecare.my

Akhirnya Pergi Picnic Je Hujung Minggu Sebelum Balik JB

Balik dari picnic, kitorang gi Central i-City sebab adik ciksun nak ke Mr. DIY. Ingatkan lepas tu balik rumah lah sebab dah dekat. Lahh, pi mengukur jalan sampai ke Subang Jaya beli kek buttermilk cheese kat Taka Patisserie SS15, biskut nenas Thai dekat Stesen Biskut, pergi Hari-hari kat Sungai Way beli kain baju sekolah Aisyah, then baru betul-betul balik rumah 😂

Random begini pun boleh.

Post a Comment

0 Comments