Ticker

6/recent/ticker-posts

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Majestic Johor Festival 2024 |  Dalam kesibukan, sempat jugak ciksun jejak kaki ke Majestic Johor Festival 2024 dekat Puteri Harbour Iskandar Puteri semalam. Ikutkan, memang dah rasa tak berpeluang nak pergi sebab Ibah tak free. Plan nak pergi malam ambang Merdeka lah nak tengok bunga api. Ibah dah ada plan dengan kawan dia. So, ciksun rasa takpe lah, tak payah la pergi. Lagi pun ada banyak kerja nak kena setelkan. Tiba-tiba Jumaat tengahari tu Norfy whatsapp pulak tanya ciksun ada dekat mana. Dia macam nak ajak pergi GSC jumpa pelakon-pelakon movie TAKLUK: LAHAD DATU. Tapi ciksun Jumaat tu memang tak free lerr, ada meeting biasanya kalo petang Jumaat 3 sampai 6.30 petang. So, tak dapat la nak iku plan Norfy tu. Then tanya dia, pergi Majestic Johor Festival tu bila? Sebab dia memang ada share dengan ciksun nak pergi beberapa hari sebelumnya. Eh, last-last ciksun pergi jugak dengan dia semalam, hari Sabtu.

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Takde gambar dengan Norfy, selfie, wefie semua takde. Hahaha! Kami memang jarang-jarang ingat nak selfie 😝

MaQan buat food fest sempena Majestic Johor Festival ni, boleh tengok VTT ciksun dekat SINI. banyak gerai makanan best-best, yang penting bukan pesta air balang semata-mata ye! Haha! Aduii, ciksun pernah pergi pesta makanan, tapi hampir separuh pesta tu penuh dengan gerai air balang aje. Makanan nye ada la beberapa ketul aje dan asyik makanan yang sama aje. Berbeza dengan MaQan ni, diorang limitkan satu jenis gerai tu kepada 5 vendors aje. Lebih banyak variasi, so kita pun sampai dalam dilema nak decide makan ape. Haha! Gerai vendor dari Indonesia pun ada ye:
  1. Disperindag Kepulauan Riau
  2. Produk Unggulan Batam
  3. Konsulat Indonesia (KJRI) Johor Bahru
  4. Bakso Selera Nusantara 
  5. MODEST FASHION BANDUNG
  6. Cempedak Goreng Mr Kaban
  7. Paguyuban UMKM Karimun
  8. Ismah Satay Madurah
  9. Restoran Galang Rezeki
Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Akhirnya ciksun makan Lamb Shoulders dari Chops dan minum air mangga dari Mr. Yogurt. Konsisten sedap Lamb Shoulders tu, air mangga sedikit manis lah. Tak lama lepas tu boleh pulak ciksun pergi memerut, potong stim betul lahhh 😂 Norfy cakap sampai pucat muka ciksun, Lisa pun da membebel, sape suruh makan lambat. Waduhhh😅

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Tapi lepas memerut, lega lah jugak. Sempat weh pergi tengok Pameran Diraja, koleksi kereta klasik, mostly kepunyaan Sultan Johor. Lawa-lawa ye kereta import yang dipamerkan. Ni kalo adik lelaki ciksun tengok, mau meleleh air liur dia. Ciksun belum share lagi gambar kat dia 😆

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Ada jugak booth khas untuk daerah-daerah dalam negeri Johor, diorang jual barangan cenderahati, makanan, minuman yang simbolik dengan daerah masing-masing. Ciksun tertarik dengan booth-booth ni, boleh pulak beli Kopi O Ais 434 dari booth Muar dan Kopi Nenas dari booth Pontian. Ciksun dan kopi memang sukar untuk dipisahkan. Sampai banyak bebenor kopi kat rumah ni 😁

Sempat Juga Pergi Majestic Johor Festival 2024

Kalau korang nak pergi, hari ni 1 September 2024, last day, ye! Ada Perarakan Majestic Johor Festival yang akan menyaksikan perarakan kebudayaan, persembahan kesenian etnik Budaya Johor serta pancaragam malam ni. Kalo nak pergi naik kereta, boleh parking dekat Princess Cove, Visitors Parking bawah The Pasar tu. Bagitahu guard, nak makan. Memang nak makan pun kan? Tapi kena menapak jauh sikit lah nak ke festival tu. Bakar lemak sikit lah woi sebelum makan! 😂

Tapi kalo malas nak bakar lemak, pihak penganjur dengan kerjasama Perbadanan Awam Johor (PAJ) ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas percuma “free shuttle service” terus ke tapak festival di mana pengunjung. So korang boleh parking dekat perkarangan masjid dan sekitar bangunan Kerajaan di Kota Iskandar.

Ok bye!

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com