Briskwalk Tapi Takde Gambar Briskwalk | Pagi ni sempat ciksun briskwalk dengan Sis Lin dekat Taman Bandar Pasir Gudang. Semalam tido sini, hari ni pepagi dah kena bangun sebab Sis Lin nak bersenam. Ciksun ikut aje sebab da lama tak buat aktiviti camni. Rindu nak berjalan jauh sampai berpeluh lencun. Kalo kat rumah sekarang, rasa jauhnya nak sampai ke Hutan Bandar Mutiara Rini tu. Pernah sekali da sampai sana, patah balik rumah sebab penuh dengan budak sekolah buat aktiviti, jammed gilerrr. Terbantut hasrat nak briskwalk. Lepas ni kena cari port lain kot nak berjalan (dengan selamat).
Panjang pulak mukadimah, padahal nak share gambar aje.
Ni menu semalam, sampai-sampai je Sis Lin terus buat nasi goreng, telur mata. Dua kali ciksun makan, pagi dan petang (bahagi dua sebab banyak sangat, bukan dua pinggan tauuu! Hahahah, melampauuu!) |
Ade pameran pepokok nanti dekat Taman Bandar Pasir Gudang dari 25 - 28 Julai 2024. Diorang dah start setup pepokok. |
Alhamdulillah, selamat kami sampai kedai tayar. Kereta tinggal kat sana untuk tukar 3 biji tayar. |
Now tengah ngadap laptop, sambung kerja pulak. Mana gambar briskwalk nya? Takde, gambar suasana je ade tu pun gambar pokok keladi tu aje. Hahaha! Lelainnya ciksun amek video tapi video pun tak semenggah, tiberr macam da lupa cara nak amek video pemandangan 😂
Insya'Allah petang kang balik rumah. Weekend ni macam nak ke KL sebab ada team building company suami, tapi wallahua'lam. Macam tak cukup bajet pulak, aku lahhh hai.
P/S: Kalau duduk rumah Sis Lin, automatik muncul kerajinan update blog. Pelik bin Ajaib.
6 Comments
Mesti duduk sebelah Sislin sambil nya update blog nak. Yalah auto rajin juak update blog kedirik hehe.
ReplyDeleteEh kata briskwalk hahaa tup2 ada roti canai eh :p
ReplyDeleteWak percaya
ReplyDeleteEh, dah balik Johor dia
ReplyDeleteHahahaha tragis betullah ..
ReplyDeleteSian awak melintas jalan kannn..
Btw next time datang lagi tau, aku masak lagi bebanyakkk hahahahaha
hepi besday sunah!! semoga sentiasa hepi dan murah rezeki sllau
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com