Ticker

6/recent/ticker-posts

WW: Kek Lapis Baklava RM650

Kek Lapis Baklava RM650

Kek Lapis Baklava
1 loyang RM650

Resepi Kek Lapis Baklava

Bahan A (Sirap Gula - untuk spray)
     5 cup gula
     3 1/2 cup air
     1/2 biji jus lemon
- Masak 15 minit

Bahan B (Homemade Pistachios Filling)
     250 gm kacang pistachio (bakar sekejap)
     250 gm white chocolate (dicairkan)
     80 gm minyak jagung
     1/4 tsp garam 
    - Blend sampai halus dan letak sedikit perwarna hijau
   - Masukkan dalam piping bag 

Bahan C
450 gm pure salted butter
     50 gm gula halus
     1 sudu makan ovallate
     250 gm cream cheese
     1/4 tsp garam
- Pastikan bahan semua dalam suhu bilik

Bahan D
12 biji telur gred A (kalau telur gred B guna 14 biji)

Bahan E
250 gm susu pekat
    150 gm seri kaya
    1 tbsp premium vanila (pure xtract vanilla bean RM21 botol kecil)
    1 tsp serbuk vanila

Bahan F
200 gm tepung hongkong / tepung pau
    1 tbsp tepung potato
    150 gm horlicks
     50 gm creamer
    75 gm susu tepung
    25 gm cerelac baby food
    50 gm parmesan cheese
    1 tbsp serbuk cheese warna putih
    1 paket santan Kara
- Satukan semua, pastikan tepung diayak

Bahan G
50 gm dairy cream
     Pewarna putih secukupnya

Bahan H
480 gm pistachio cincang 
    - Bahagi 8 bahagian siap-siap (untuk tabur dekat lapisan)

Cara-cara Membuatnya:
- Sediakan bahan A dan bahan B dahulu, kemudian ketepikan
- Pukul bahan C sehingga kembang dan putih
- Masukkan bahan D sedikit demi sedikit dan pukul sebati
- Masukkan bahan E dan pukul sebati
- Masukkan bahan F sedikit demi sedikit, pukul sebati
- Masukkan bahan G dan sebatikan

Cara-cara Melapis:
- Bahagikan adunan kepada 15 adunan
- Bakar guna api atas sahaja (suhu 150℃) (loyang 8.5" x 8.5" jenis tinggi)
- Lapisan pertama pipingkan pistachio filling secara menyerong secukupnya dan tabur 60 gm pistachio cincang 

- Selepas masak, spray dengan air gula (jangan terlampau banyak, dan air gula hanya dispray dekat lapisan yang ada pistachio)
- Seterusnya lapisan kosong, bakar sampai masak
- Lapisan ketiga, piping filling pistachio dan tabur pistachio
- Ulang step sampai habis 
- Akhir sekali, selepas lapisan masak dan dispray dengan sirap gula, bakar sekejap dan siap

Post a Comment

9 Comments

  1. mak aii... abc sampai h...baca sampai bahan c aje mak dah surrender..haha

    ReplyDelete
  2. wahhh.... kayangan sungguh ni kan

    ReplyDelete
  3. Mak oi, tercekik nak membayarnya 😂

    ReplyDelete
  4. Manalah tuan tanah ni pergi ekkkk hahahahaha

    ReplyDelete
  5. rasanya rm650 ni setahun kalo nk isi minyak motor wak tuuh., hehe

    ReplyDelete
  6. Wowwww tapi mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  7. Fuh dah boleh buat hantaran ni untuk satu dulang ni hihihiii

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com