Ticker

6/recent/ticker-posts

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant | Sempat ciksun dengan suami lunch halal Korean food dekat Kampungku Restaurant masa dekat Seoul, balik dari Yongpyong Ski Resort awal bulan Februari yang lepas. Macam ciksun ceritakan dalam entri sebelum ni, kitorang amek KTX dari Jinbu ke Seoul pagi Jumaat.

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Masih bersalji lagi dekat platform, malam tadi salji turun sampai semua jadi putih. Ramai juga yang ke Seoul pagi tu. Dari hotel tadi, kitorang amek teksi sebab takde shuttle bus sebelum pukul 12 tengahari. Mahal jugak tambang teksi, lebih 20,000KRW kalo seingat ciksun. Lepas tu lupa letak kat mana resit, lupa nak claim sekali. Yihhh!

Sampai Seoul, amek subway ke Myeongdong. Jumpa kawan suami kat sana. Kawan yang kenal masa dia kerja dekat Media Prima dulu. Geng-geng K-Pop dedulu. Hehehe. Myra namanya. Now dia da jadi tour agent dekat Korea ni ha. So, dia tahu la mana tempat makan yang sedap dan berpatutan harganya. Banyak kali bawak pelancong dari Malaysia ke Korea. Bestnyaaaa! Ciksun pun boleh juga kan jadi tour agent untuk Busan. Cehhh.

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Myra bawak kitorang ke Kampungku Restaurant, tak jauh dari Myeongdong station, keluar exit 3. On the way menapak ke Kampungku tu nampak Namsan Tower dari jauh. Memang port orang amek gambar berlatar-belakangkan Namsan Tower. Banyak juga kedai makanan halal dalam deretan kedai yang kitorang lalu. Bakso Bejo Korea pun ada kat sini! Hahaha, ingatkan kat Busan je ado! Memula Myra nak bawak makan dekat Maehwa Lamb Skewers, tapi tengah break time diorang. So, ke Kampungku je lah dekat-dekat situ jugak.

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Restoran Kampungku ni ownernya orang Malaysia, menghidangkan menu-menu asli Malaysia dan juga Korea. Jadi, kalau korang teringin makanan Korea dekat Seoul, nak yang terjamin halal, sini lah tempatnya. Rega makanan pun berpatutan, tak terlalu mahal. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ya, apa yang kitorang order. 

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Alhamdulillah, tercapai hajat ciksun nak makan Rabokki kat Korea! Teringin sangat tteokbokki, alang-alang amek Rabokki yang ada ramen sekali. Haha! Alhamdulillah, sedap lah juga. And pedas sikit. Kalo tak pedas, bukan Korea namanya 😂 Suami ciksun makan Sundobu-jjigae, dia pun suka. Menepati citarasa dia, ok lahhh. Risau pulak tak suka, susah dia nak suka makanan bukan Melayu ni. Haha!

Lepas makan, suami naik atas kejap solat kat surau yang disediakan. Time ni ciksun da uzur, kitorang tunggu kat bawah aje sambil borak-borak. Tenang je suasana restoran. Tak ramai orang mungkin sebab waktu bekerja. Hari Jumaat kann. Then, setel kat sini, kitorang gi Halal Mart sebelah Kampungku tu. Memang owner yang sama jugak.

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Singgah Seoul Sekejap Lunch di Kampungku Restaurant

Ada banyak souvenirs korang boleh beli kat sini, kacang almond yang halal tu pun banyak. Sudu dan garpu pun ada, ciksun beli jugak masa datang sini dengan adik ciksun bulan Mac. Belikan untuk family kat kampung buat kenangan.

Ah, rindu!

Kampungku Restaurant, Seoul
📫25, Toegyeoro 20-Gil, Jung-gu, Seoul, South Korea
🚉Myeongdong Station (Exit 3)
⏰11am - 10pm (last order 9pm)
🎉Open everyday!!!
📞+82-02-3109-289

Post a Comment

6 Comments

  1. Seronoknya Cik Sun...nanti dah pencen bleh jadi tour guide la...akak doakan...hehehe...

    ReplyDelete
  2. pernah dengar dengan Kampungku ni. tapi tak ingat dekat mana. agak famous juga

    ReplyDelete
  3. Nampak makanan korea tiba2 teringin la pulak Cik Sun. Cantiknya permandangan salji memutih tu.

    ReplyDelete
  4. mana gambar Mira nya? Orang Malaysia ke orang Korea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang depan restoran kampungku tu, pakai jaket putih tu Myra..orang Malaysia..hehehe

      Delete
  5. Dolok masa pergi ke Kampungku tok sik tauk kenak tekak kmk dgn husband kmk rasa masin semua makanan yg di order. Kakak kamek jak enjoy makanan siya, kmk duak laki bini sik abis makan pun. Kali sik match selera kmk org dgn makanan di Korea, tapi mun makanan Jepun kmk org suka 😅

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com