Ticker

6/recent/ticker-posts

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort | Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Ciksun berpeluang untuk ke tempat paling bersalji dekat Korea Selatan pada hujung bulan Januari yang lepas. Ada 2024 KICS Winter Conference dekat sini under The Korean Institute of Communications and Information Sciences (KICS). Ciksun bagitahu suami tentang conference ni, dia pun teruja nak join gi Pyeongchang. Makanya, hujung Januari tu tiba lah suami ciksun di Busan sejak 5 bulan ciksun dekat Korea.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Dalam sebulan sebelum, labmate ciksun dah booked KTX untuk kitorang pergi sana, dari Busan ke Seoul, Seoul ke Jinbu. Ye, kalo dari Busan, kena tukar train dekat Seoul. Takde direct terus ke Jinbu. Then, ciksun booked jugak stay dekat MONA Yongpyong Ski Resort. Lokasi conference dekat sana dan para peserta boleh dapat rega diskaun kalo booked dekat resort tu jugak. Ada banyak pilihan penginapan, ciksun pilih Dragon Valley Hotel sebab ciksun berdua aje dengan suami. Diorang ada jugak option apartment untuk yang datang satu family, minimum 2 orang. Ciksun tak perasan yang ni, ingatkan kena stay 3 orang ke atas ke, rupanya 2 orang je pun boleh dan reganya murah dari Dragon Valley Hotel dalam minus 10,000KRW kalo tak silap. Siap ada ruang tamu dan dapur lagi. Kalo kat hotel, tak boleh masak ye. Ada water heater aje dengan mini pantry. Alaaa, rugi sikit kat situ!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Suami ciksun datang dua hari awal, sempat la dia explore Busan sorang-sorang dulu sementara tunggu 31hb. Ciksun kerja dan busy submit paper untuk conference lain time tu, time dinner dengan dia pun Prof ciksun call bincang correction paper sampai dia da habis makan 😂 Aduhai, maaf la suamiku. Ni la kalo datang time weekdays, tengah banyak workload lah pulak masa dia datang. Mujur 31hb tu da start ke Pyeongchang, seronok la sikit dia explore sorang-sorang resort tu time ciksun pergi conference.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Kitorang amek KTX pepagi kul 9.57 am dari Busan, sampai Seoul pukul 12.33 tengahari. Dari Seoul ke Jinbu pukul 1.01 tengahari, sampai sana 2.44 petang. Untuk dua orang rega tiket dari Busan sampai Jinbu jumlahnya 81,700KRW. Sebelum gerak dari Busan, labmates beli bekal makanan dulu dekat Busan station, nak makan dalam train sebab kitorang tak akan sempat lunch. Ciksun dah bawak bekal roti dengan strawberries siap-siap dari rumah untuk ciksun dan suami. 

Make sure masuk platform yang betul dan carriage yang betul. Kalo tersilap, jenuh nanti. Tapi diorang tak check pun tiket kita time masuk tu. Pepandai sendiri aje cari seat semua. Mungkin dia akan buat spotcheck tiba-tiba je kalo seat yang sepatutnya kosong, ada orang duduk. Entah lerrr. Sepanjang perjalanan, boleh nampak pemandangan dekat luar. Kadang-kadang nampak terowong. Sempat suami ciksun buat live TikTok jugak tunjuk pemandangan luar. Masa nak sampai Jinbu, dah start nampak salji putih dekat luar. Allahu. Cantik sangat!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Tiba di Jinbu Station tepat pada masanya, cepat-cepat keluar stesyen ikut orang ramai. Shuttle bus dah tunggu kat luar, free ride ke penginapan masing-masing. Kalau terlepas naik bas atau tak cukup seat, kena amek teksi untuk ke resort. Dari Jinbu Station, shuttle bus berhenti dekat Alpensia Resort dulu, kemudian baru ke MONA Yongpyong Ski Resort. Ambil masa dalam setengah jam juga nak sampai dari Jinbu Station tu. Shuttle bus ni beroperasi dua kali sehari, tapi kalau tiba peak season, diorang akan tambah lagi banyak operasi bas, terutamanya musim salji.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Dah sampai MONA Yongpyong Ski Resort, ciksun dengan labmates pergi Tower Plaza untuk register as conference participant dulu. Lepas tu ciksun dengan suami ke Dragon Valley Hotel untuk check in. Smooth je time check in, terus bayar penginapan time tu jugak. Yang penting simpan resit transaksi untuk claim kemudian. Dekat lobby level tu ada GS25 jugak, so boleh la ciksun beli instant rice in case suami kelaparan tiba-tiba.

Nak tengok bilik ciksun? Nahhh!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort

Alhamdulillah, view cantik sangat-sangat. Nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan? Allahu. Lagi-lagi kalau lepas salji turun lebat, esoknya semua putihhh. Masya Allah. Hotel ciksun tu pun menapak aje ke tempat conference, memang dekat sangat. Selebihnya, ciksun share gambar kat bawah ya apa yang kitorang buat kat resort ni bersama caption.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Lewat petang lepas setel penginapan, rehat dan solat jamak Zohor Asar, gi Sledge Park tengok tempat orang main ski. Time ni tengah break dua jam dari pukul 5 pm - 7 pm, diorang ratakan semula salji.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Ada banyak port makan kat sini, yang ni dekat Dragon Plaza. Boleh order dekat kaunter atau beli kat kiosk camni.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Ada option Halal Food oleh Efes Kebab. Nasi Goreng dan Mee Goreng pun ada yeee dalam option. Hahaha! Tapi Mee Goreng dia guna megi, bukan mee kuning. Rega mostly bawah 20,000KRW je.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Antara menu yang kitorang cuba, dua malam kot dinner dekat sini. Tapi hari kedua, Nasi Goreng dia tak sesedap hari pertama. Sebab chef lain masak rasanya.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Malam dekat Pyeonghwa Fountain Square, cantik sangat!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Pepagi esoknya kitorang decided nak naik Cable Car pergi Mt. Balwangsan. Beli tiket roundtrip (25,000KRW per Dewasa) on the spot aje. Kalo menginap kat resort ni dapat diskaun 20% lagi. Sebelum beli tiket, staff tunjuk dulu gambar keadaan semasa dekat atas sebab salji tengah turun. Walaupun tak lebat sangat tapi angin kuat menyebabkan tak nampak view apa kat Balwangsan Skywalk tu. Kitorang cakap nak gi jugak, ye lah takde waktu lain dah. Esok da nak balik. Hahaha!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
View dari cable car naik ke atas, cantik sangat gunung-ganang memutih dilitupi salji.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Keadaan kat atas Mt. Balwangsan, sejuk sangattt suhu. Bawak hot pack pun tak berkesan, adeiii.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Petangnya ciksun ada conference. Suami ciksun berdikari explore resort sorang-sorang.

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Lepas conference, kitorang gi Ani-Fore. Ada Balwangsan Alpaca Farm kat sini, tempat ciksun jatuh sampai fractured ibu jari tangan kanan. Haha!


Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Nak pergi-balik Ani-Fore kena naik Alpaca Monorail ni (18,000KRW per Dewasa roundtrip), stay kat resort ni dapat 20% diskaun.

Alhamdulillah untuk peluang ni. Suami ciksun pun gembira dan rasa macam taknak balik walaupun suhu kemain sejuk sampai merah-merah muka dan hidung dia duk buat Live TikTok pagi petang siang malam. Hahaha! Orang suruh pakai mask, tak mahu! Korang kalau nak datang sini, make sure cukup segala pakaian untuk musim sejuk. Kalau tak, mahu menggigil woo kat puncak Balwangsan tu!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Selepas jatuh, sempat lagi jalan-jalan amek gambar. Tangan masih tak bukak glove walaupun dalam hati da risau. Kenangan masam betul, hahaha!

Pergi Pyeongchang, Stay 3H2M di MONA Yongpyong Ski Resort
Bukti kesejukan tahap maksima. Haha!

Kalau ada rezeki, yes insya'Allah ciksun nak pergi lagi. Duduk situ saje pun dah seronok. Pergi lepas habis salji lebat pun syok. Nak tengok semua putih suci tu. Labmate ciksun ada share gambar dekat ciksun. Ciksun tak sempat menikmati yang ni sebab pepagi Jumaat da gerak balik Seoul. Flight suami ciksun malam tu jugak. Kitorang da janji dengan kawan suami kat Seoul nak berjumpa sekejap.

Setel jumpa kawan, suami amek train gi Incheon International Airport. Ciksun pulak naik KTX pukul 7.47 malam dari Seoul station. Sampai Busan station pukul 11.08 malam. Amek bas balik rumah. Alhamdulillah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Mesti sejuk di siya. Tapi best, dapat merasa salji turun.

    ReplyDelete
  2. best best dapat gi tmpt ski! Harus repeat lagi ciksun... pasni ajak hubby mu main ski plak hahah

    ReplyDelete
  3. Cantik2 gambar Cik Sun dan suami kat sana....jeles SA...bila SA bleh sampai agaknya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com