Makan Tengahari Dekat Eid Restaurant, Itaewon, Seoul | Jumaat, 9hb Februari, sehari sebelum hari Seollal di Korea Selatan, adalah hari cuti umum. Ciksun dengan adik bongsu pergi Seoul pada tarikh ni, amek KTX dari Busan, dalam tengahari jugak sampai Seoul. Kitorang terus shoot ke Itaewon, nak tengok masjid Itaewon. Dalam hati memang dah jangka dah, mesti ramai betul manusia sebab hari Jumaat orang solat Jumaat, plus hari cuti umum.
Tu diaaa, memang penuh manusia sampai ke jalan nak naik ke masjid! Korang yang perempuan kalo nak plan solat kat masjid ni, jangan la datang hari cuti umum + hari Jumaat tengahari. Ahahaha! Memang takkan dapat masuk masjid! Ciksun dengan adik tak solat pun kat sini, just nak amek gambar aje sebab dah sampai kan. Ni la masjid pertama yang ciksunn pergi jejakkan kaki walau hanya di laman masjid. Masjid Busan memang tak sempat ciksun nak pergi, plus lokasinya agak jauh ke utara Busan.
Sempat pulak ciksun dengan adik berborak dengan tourist dari Indonesia ni. Lupa pulak ciksun nak tanya namanya, tapi biasalah kan kalau travel camni. Memang jarang nak tanya lebih-lebih sampai mintak social media account. Hahaha! Amek gambar kenangan depan masjid, sebab dia bagi kimchi halal, megi Indonesia dan beberapa jenis kudapan lain yang dia tak sempat nak habiskan. Katanya da nak gerak balik Indonesia, jadi memang cari mana-mana traveller yang nak stay lagi berapa hari untuk let go makanan. Kimchinya dia nak bawak balik Indonesia, tapi da kembung pek Kimchi tu. Risau meletup kat atas flight. Ciksun sempat makan kimchi yang dia bagi tu, sedap juga tapi tak dapat habiskan. Alkisahnya beberapa hari lepas tu, tengok dalam peti ais, kimchinya da rosak da. Tak tahan lama. Sempat jamah sekali aje lah, alhamdulillah. Mekasih tau awak!
Berbalik kepada kisah di Itaewon, ciksun dan adik pergi cari lunch lepas beredar dari masjid. Memula plan nak makan dekat Hajj, tapi restorannya tutup pada hari tersebut. Tak pasti lah memang tutup tengahari Jumaat ke, atau hari Jumaat saje ke atau hanya pada hari Seollal tu. Melepas la nak merasa menu-menu dekat Hajj yang Prof ciksun dari Malaysia rekemenkan. Maka kitorang strolled je area Itaewon tu sampai jumpa restoran yang tak berapa ramai orang.
Area Itaewon ni memang banyak gila restoran halal, jeles betul ciksun dengan orang Islam yang duduk dekat-dekat area ni. Senang nak makan. Tak macam dekat Busan nun, susah nak cari satu area yang berderet pilihan restoran halal. Haeundae tu ada lah dua tiga dalam satu area yang sama. Tapi mostly Indian food je. Nak cari Korean food yang halal, susah sikit. Tak macam dekat Itaewon ni. Bersyukurlah uols yang duduk Seoul. Ada kerja kosong tak? Hahaha!
Akhirnya ciksun dengan adik decided untuk makan dekat restoran Eid tanpa tahu menu apa yang ada kat sini. Tak sempat nak google, hahaha! Tapi bersyukur sangat-sangat dengan pilihan kitorang sebab akhirnya adik ciksun dapat merasa tteokbokki kat Korea yang diidam-idamkan. Ciksun pulak order Dakgalbi, pun tak kurang sedapnya. Dedua menu ni sedikit pedas pada tekak kitorang, but tetap berjaya habiskan. Portion diorang memang besar untuk satu set tu. Harga pulak macam dalam gambar-gambar kat bawah.
Alhamdulillah, merasa la makanan Korea halal sepanjang duduk kat sini. Puas hati sangat-sangat, tapi tetap la rasa nak datang lagi Seoul sebab banyak lagi restoran halal Korean food yang belum sempat rasa. Haha!
Ermmm, bila nak pergi lagi???
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com