Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul | Takde dalam itinerari asal pun destinasi ni. Adik ciksun cadangkan ke sini masa kitorang da dekat Seoul. Ikutkan petang hari pertama tu kitorang pergi Namsan Tower tapi cuaca terlampau sejuk sangat. Takut kat atas sana lagi sejukkk. Nampak serpihan-serpihan salji memutih sisa dari hari sebelumnya. On the spot je Ecah ajak gi HYBE. Ciksun kan tak tahu sangat, ikut je lah. Dalam fikiran masa tu ape benda la HYBE ni.

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Ni haa, bangunan HYBE dekat Seoul. Rupanya ni bangunan milik Producer Bang Si Hyuk, empunya syarikat hiburan dengan nama Big Hit Entertainment Co. Ltd. Di bawah syarikat ni lah kumpulan terkenal K-Pop, Bangtan Sonyeondan (BTS) bernaung. Ecah ni, amek gambar dengan bustop yang ada muka dak BTS pun dia da bahagia, apatah lagi bergambar berlatar-belakangkan bangunan HYBE tu. Hahaha!

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Ironinya, dekat sangat dah tu Ecah dengan BTS kesayangan dia. Cuma time ni diorang masih lagi dalam military. Jin je yang first sekali akan tamat khidmat military bulan Julai nanti sebab dia paling tua antara semua. Lepas dia puas bergambar dekat bangunan ni dan bustop yang ada muka J-Hope (serta ciksun bergambar dekat muka Taehyung), dia ajak pergi cari kedai merchandise area belakang HYBE building tu.

Ada kedai khas yang jual barangan BTS dan artis-artis di bawah HYBE. Kitorang redah aje, tak tau exact location dia. Jumpa jugak memang betul-betul belakang HYBE building. Ada keramaian dekat area belakang HYBE masa tu sebab ada birthday salah seorang anggota Enhypen. Masuk kedai merchandise BTS, tudiaaa penuh koleksi barangan BTS kat dalam tu dijadikan perhiasan. ARMY yang datang sini mesti sangat-sangat menghargai semua segala koleksi BTS yang ada dalam kedai ni.

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Masih ada jugak birthday merchandise Taehyung sebab tarikh lahir dia bulan Disember yang lepas, yang paling terkini waktu tu. Ecah belikan untuk ciksun satu set birthday merchandise tu, ada cup holder muka Taehyung, photocards, air teh dan juga coffee sticks. Sedap jugak coffee sticks tu! Adik ciksun tinggalk satu untuk ciksun, selebihnya dia bawak balik Sarawak. Ye lah, dia peminat BTS sejati, ciksun ni baru-baru lagi nak kenal BTS. Hahaha!

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Yang bestnya bila lepak kat kedai ni, kalau ada ARMY lain masuk, diorang akan syok la berbual tanya kita bila start minat BTS dan siapa bias kita. Ciksun serahkan dekat adik ciksun je untuk jawab semua tu. Tak reti la, tak berapa nak kenal lagi diorang time tu. Kenal Taehyung dengan Jimin aje sebab Ecah minat Jimin lebih. Hahaha! Then dari kedai tu, Ecah nak cari T-Money BTS. Sumber dekat medsos kata T-Money BTS ada dijual dekat CU Mart area belakang HYBE.

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Satu-satunya CU Mart belakang HYBE, memang penuh T-Money BTS dan artis-artis lain kat situ. Jenuh nak pilih sebab nak pakai lama kan. Hahaha! Akhirnya kat sini lah ciksun jumpa T-Money Taehyung tuuu. Kalau tak silap, satu kad tu 10,000KRW kot? Alahh dah tak ingat la pulak sebab Ecah yang belanja. Ahihihi. Mekasih Ecah! Sajangnim yang jaga kedai tu pun baik hati bagi button batch TinyTan muka Taehyung kat kitorang bila customer lain semua da keluar. Awwww. 감사합니다!

Bila Adik Minat BTS, Dia Bawa Ciksun Sampai Ke HYBE, Seoul

Lama jugak melepak kat sini sampai nak dekat Maghrib. Ikutkan da dekat sangat dengan Hangang Bridge, tapi sebab ciksun tak tahu pun (dan terlalu sejukkkkk), kitorang terus naik bas dari sini balik ke Myeongdong. Alorrr, lain kali la ya Ecah kita gi Hangang Bridge!

Insya'Allah!

Post a Comment

2 Comments

  1. Wak tak terjebak lagi dengan korean fever ni

    ReplyDelete
  2. terasa tuek bila tak kenal pun ahli ahli dalam BTS ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com