Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea | Sebelum balik ke Malaysia, ciksun sempat jugak beli skincare banyak-banyak dekat Olive Young, Korea. Ada kawan-kawan dan family kirim, mana yang nampak murah dan berbaloi beli kat sini, kita tolong belikan lah. Siap buat video call dengan kawan ciksun supaya dia boleh buat pilihan dan compare price dengan Shopee or TikTok Shop. Mana tak sempat video call, kita snap gambar aje lah termasuk harga. Senang kawan-kawan yang kirim tu pilih.

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Kalau riki-riki ada yang berbaloi beli kat Korea, ada yang beli kat Shopee through official mall diorang pun dah berbaloi. Kena tengok sekali jisim barang kosmetik tu, kadang tak sama beratnya yang diimport dengan yang beli kat Korea terus. So, pepandai laaa. Jangan semua benda nak pulun bawak balik, kang buat berat beg ajee. And make sure bayor dengan duit, bukan dengan air liur. Kah kah kah!

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Beli Skincare di Olive Young, Korea

Face sheet mask pun banyak yang murah kat sini berbanding beli kat Malaysia. Sebab tu ramai yang borong sheet mask bila datang sini. Boleh buat souvenir untuk kawan-kawan yang pakai sheet mask. Kalau kawan-kawan jenis tak pakai sheet mask, tak payah belikan. Membazir nanti. Korang beli tu pakai duit, kita faham, nak cari duit bukan senang kan? Apatah lagi nak travel, kena pakai banyak duit.

Lagi satu, make sure korang check betul-betul ingredients semua sebelum beli. Takut ada bahan yang meragukan atau bahan-bahan haram. Kawan ciksun rajin search dulu benda ni, memang ada je skincare Korea yang guna pork dalam ingredients. Hati-hati ya!

Itu je lah yang ciksun nak share tentang skincare kat Korea. Ok bye!

Post a Comment

1 Comments

  1. Face mask dgn losyen tangan sinun murah2 kan, siap jual bundle gik. Baru tau ada yg sik halal juak huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com