Ticker

6/recent/ticker-posts

Salam Syawal 2024 Korang

Salam Syawal 2024 Korang | Harapnya tak terlambat lagi ciksun nak ucapkan salam Syawal kepada korang semua. Dah lebih separuh bulan Syawal kita lalui, baru terbuka hati nak bukak laptop dan update blog. Ciksun masih lagi di kampung halaman, Bintulu, Sarawak. Mungkin sampai awal bulan Jun nanti. Plan asal nak balik JB mid of May, tapi mamak ciksun minta stay lama lagi alang-alang belum ada kerja. Nanti dah kerja, susah nak balik katanya. Ciksun turutkan aje lah dulu buat masa ni. Dengan keadaan tangan pun masih belum sembuh, buat je la terapi setiap hari kat rumah sambil mamak rawat guna ubat kampung juga. Doakan ciksun cepat-cepat sembuh, susah betul nak buat kerja dengan tangan kanan tak boleh digunakan sepenuhnya. Hari ni pun kali pertama ciksun cuba suap nasi lemak ke mulut guna tangan kanan. Weird gila rasanya sebab hujung ibu jari tu rasa mencucuk-cucuk aje.

Macam mana kisah raya korang? Tahun ni rasa macam sekejapan sangat raya nya. Maybe sebab cuti raya nya sekejap aje, start dari tengah minggu sampai hujung minggu aje kan. Jadi, ramai da balik semula ke perantauan lepas cuti raya. Sunyi semula rumah mamak ciksun bila family adik da balik ke Shah Alam. Adik yang bongsu pun dah mula kerja hari Isnin, adik yang lelaki pulak memang kat rumah mertua dia aje sejak raya tu, balik rumah pun sekejap-sekejap aje, tak bermalam. Suami ciksun sampai kampung pagi raya, balik KL pagi raya ketiga. Lagi lah sekejap. Huhu. Mana yang sempat aje la kitorang gi ziarah raya kali ni. Dengan mamak bapak da tak berapa sihat, bapak tak kuat nak jalan jauh dah. 

Ciksun sendiri dengan adik yang bongsu pergi juga beraya rumah kawan sekolah ciksun mana yang masih dapat dihubungi selagi masih ada kat Bintulu ni. Dapat la update kehidupan masing-masing setelah bertahun-tahun tak jumpa. Ada yang dah bertambah ahli keluarga. Ada yang dah berkurangan juga, ahli keluarga pergi dahulu menghadap Illahi. Moga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada kawan-kawan ciksun seisi keluarga. Ameen.

Salam Syawal 2024 Korang

Untuk korang, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ciksun ucapkan. Semoga Allah terima segala amalan kita pada bulan Ramadan yang lalu. Masih berbaki lagi beberapa hari bulan Syawal, mana yang dekat Bintulu, jemput la datang ke rumah.

Bye!

Post a Comment

5 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin. Ohh ada di kampung rupanya. Lama tak mengikuti cerita CikSun. Harap cepat sembuh dari sakit dan mendapat kerja yang bagus nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Salam Syawal Ciksun sekeluarga. Kmk org di Bintulu pun sekejap jak, rasa sik puas balit kampung dah kenak balit ke KL balit.

    ReplyDelete
  3. semoga tangan pulih sepenuhnya ...selamat hari raya aidilfitri ...maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com