Tengok Busan Fireworks Festival 2023 dari Yongho Starlight Park, Nam-gu | Malam lepas kak Retna dan kengkawan gerak ke Seoul, Ciksun pergi tengok Busan Fireworks Festival tak jauh dari rumah. Event ni tiap tahun bulan November dekat Gwangalli Beach. Tapi ciksun tak ke sana sebab dah confirm sesak dengan manusia. Ciksun gi join tengok dekat Yongho Starlight Park, pun ramai juga manusia.
Ciksun naik bas dari Jagalchi Market pun penuh dengan semua yang nak ke Gwangalli Beach tengok fireworks. Berdiri aje lah sepanjang jalan nak ke sana. Turun dekat Daeyon bustop, naik bas lain pulak ke Yongo Starlight Park. Lama jugak menunggu bas kedua, dan yeee penuh jugak sampai jadi sardin masing-masing. Ingatkan tak ramai ke Yongho Starlight Park, tapi mestilah orang tempatan prefer ke sini berbanding ke Gwangalli kan. Adeiii.
Siap ada trak 119 in case berlaku apa-apa kecemasan. Fireworks show start dari pukul 8 sampai pukul 9 malam. Ada la ucapan pembukaan, then cerita-cerita di sebalik fireworks yang dilepaskan. Lebih menakjubkan, fireworks nya sampai 3 - 4 penjuru. Dari dalam yatch tengah laut pun ada yang lepaskan bunga api. Meriah betul ye! Paling cantik bunga api yang dilepaskan dari Gwangan Bridge. Aaaa, korang tengok lah dekat Tiktok Ciksun!
Lepas tu, pukul 9 malam, semua diarahkan balik 😂
Masa balik berpusu-pusu tu teringat tragedi kat Itaewon time Halloween tahun 2022. Allahu gerun sekejap, then ambulans tiba-tiba bunyikan siren kat belakang, kitorang pun bagi laluan. Tapi ambulans tu just stop dekat gate Yongho Starlight Park tu je. Agaknya nak elakkan crowd crush, dia buat camtu.
Alhamdulillah, tak jadi apa-apa yang memudaratkan. Ciksun balik jalan kaki aje, 30 minit nak ke rumah. Ramai juga yang jalan kaki aje.
Tahun ni agaknya berapa haribulan pulak fireworks festival kat Busan ni ek?
1 Comments
cantiknya festival bunga api dekat sini. Kira macam festival lampu dekat Putrajaya tiap tahun tu la ek? Meriah!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com