Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea | Dalam entri sebelum-sebelumnya, ciksun ada sebut tentang kekurangan-upaya ciksun buat sementara waktu ni. Nak dijadikan cerita, masa ciksun pergi conference hujung Januari dekat Pyeongchang, ciksun mengalami kemalangan kecik dekat Yongpyong Ski Resort.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Time tu ciksun, suami dan kawan ciksun pergi ke Balwangsan Alpaca Farm. Entah macam mana, dalam sebegitu berhati-hatinya kami takut tergelincir, tetap jugak Allah takdirkan ciksun jatuh terduduk sebab terpijak salji yang membeku dekat bahu jalan susur menuruni bukit ke ladang alpaca. Tak ingat apa-apa antara bangun dan terduduk, sedar-sedar da jatuh dah. Masa tu ciksun pakai kain pulak tu, mujur ada seluar belah dalam yang selalu ciksun pakai pada musim sejuk. Kawan ciksun terkejut tiba-tiba ciksun jatuh. Padahal dia lah yang paling takut akan tergelincir sebab tak pakai proper shoes.

Tak tahu mana posisi tangan, memang tak ingat apa-apa pun sampai sekarang. Bangun-bangun dari duduk tu ibu jari kanan da rasa lain dalam glove. Kebas semacam dan tak boleh nak gerakkan. Ciksun biarkan aje dulu sambil tiup-tiup je tangan gitu tanpa bukak glove tu. Masih enjoy berjalan, ambik gambar dan ambik video sampai la kami nak balik semula ke hotel. Dalam monorel, ciksun bukak glove untuk perisa jari. Aduh, dah membengkak. Ciksun tunjuk kat suami, dia cakap bahaya ni, kena pergi check.

Kitorang tanya dekat lobi hotel, ada medical aid tak? Receptionist cakap tak ada kat lobi, tapi ada medical centre dekat sebelah bangunan cabel car. Menapak ciksun dan suami pergi cari bangunan yang dimaksudkan. Dalam salji turun lebat dan sejuk tu, suami temankan ciksun cari sampai jumpa. Ciksun sungguh-sungguh lupa nak amek gambar bangunan tu. Bila da masuk dalam, diorang tanya nama dan asal dari negara mana, serta nombor telefon kalo tak silap ciksun. Ada medical team yang sentiasa bersedia untuk apa-apa emergency termasuk doktor, dan minimum seorang boleh berbahasa Inggeris.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Diorang tanya apa yang berlaku dan tengok jari ciksun. Doktor cakap ni possible fracture. Diorang tolong wrap tangan dan pasang instant splint je sebab bukan kes emergency. Diorang tanya bila ciksun akan balik dari resort ni. Nanti dekat Busan kena terus pergi ke hospital untuk x-ray dan rawatan susulan. Baiklah, terima kasih untuk layanan dan rundingan. Free aje tau kat situ, alhamdulillah.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Balik dari sana, pagi-pagi Sabtu ciksun terus ke klinik ortopedik dekat dengan rumah. Joy Orthopedic Clinic area Nam-gu. Jalan kaki 6 minit je dari rumah. Klinik dekat tingkat 3, komunikasi dengan staff mostly guna Papago sebab diorang tak reti cakap English sangat. Staff tanya bila jatuh untuk mengagak proses penyembuhan tulang. Jatuh 1 Februari, mulakan rawatan 3 Februari.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Bila bukak balutan tangan nak x-ray, nampak lebam sana-sini. Bahagian bawah ibu jari bahagian dalam nampak lagi gelap lebamnya. Diorang buat x-ray tangan ciksun, then jumpa doktor. Doktor check pergerakan jari dan tahap kesakitan. Memang takleh nak gerak sangat pun and rasa sakit. Then ciksun kena tukar splint tu guna diorang punya, bersama hand support yang macam anduh gantung kat leher tu. Nohhh, pakai tu kat dalam bas nak ke mana-mana, terus dapat tempat duduk sampai segan ciksun 😂

Kos rawatan hari tu 38,100KRW, ciksun tak pasti ada cover insurance ke tak. Tapi hari terakhir rawatan hujung bulan lepas, physical therapy dalam 5,600KRW jee. Jadi mungkin yang mahal adalah x-ray, dressing, splint dan juga konsultasi bila jumpa doktor. Lepas rawatan hari pertama, ciksun kena pergi lagi followup untuk check swelling hari Isnin.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Balik dari klinik tu, kena beli ubat dekat farmasi, diorang sediakan preskripsi. Tips untuk beli ubat dari preskripsi doktor, cari farmasi yang paling dekat dengan klinik dan ada ahli farmasi dekat dalam. Bukan sekadar cashier, sebab dia tak ada tauliah untuk sediakan ubat ikut preskripsi. Ubat yang diberi adalah untuk surutkan bengkak dan ubat tahan sakit. Total harga ubat ciksun sepatutnya 17,320KRW, tapi sebab ada insurance cover, ciksun hanya perlu bayar 5,100KRW je. Alhamdulillah.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Sebulan juga ciksun followup rawatan kat klinik tu. Dua minggu pertama, diorang spray jari dengan angin sejuk guna mesin ni. Setiap minggu melayang la duit dalam 20,000KRW - 35,000KRW. Mujur dalam 5 kali aje pergi klinik ni. Dua appointment yang last, ciksun da tukar dari splint tu kepada hand guard yang cover pergelangan tangan dan ibu jari aje. Bila mula pakai yang ni, dah kena start physical theraphy.

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kesihatan di Busan, Korea

Diorang guna red light treatment, blue light treatment dan electrical physical theraphy. Guna mesin untuk urut-urut dan stimulate segala otot tangan yang injured. Terapi yang first ok tak sakit sangat, tapi yang last tu sakit sikit, mungkin sebab power dia lagi tinggi. Lepas habis terapi tu, ciksun minta medical report untuk sambung rawatan dekat Malaysia pulak (kena charge 20,000KRW).

Punya la segera ciksun pergi ke HSA JB bawak report tu, rupanya tu hanya Medical Certificate aje. Kena pergi Klinik Kesihatan bawak MC tu dan minta MA buat surat refer ke pakar tulang, baru boleh buat appointment. Tapi bila da dapat referral letter, staff kesihatan dekat HSA cakap better ciksun buat rawatan dekat Sarawak aje sebab da nak balik kampung pulak nanti. Kang dia kena buat surat lain pulak kalo ciksun sempat buat satu rawatan je kat JB, then balik Bintulu. Aduh, rumit jugak ye?

So, sekarang ciksun hanya buat senaman jari kat rumah sendiri aje sambil tunggu nak sambung rawatan terapi dekat kampung. Tu pun nanti sebulan je kot duduk Sarawak, balik JB semula. Nohh, nak kena buat surat lagi.

Hmhhh. Tak payah lahhh jumpa pakar!


P/S: Thank you to Yongpyong Ski Resort Medical Center Team and Joy Orthopedic Clinic Team for all your treatment while I was in Korea.

Post a Comment

3 Comments

  1. Mujur ada insuran ya.. kalau tak, banyak juga tu nak keluar duit. Semoga cepat sembuh seperti asal okay dan selamat berpuasa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com