Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Berbuka 2 Ramadan - Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Menu Berbuka 2 Ramadan - Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru | Dah masuk 3 Ramadan, kejap je nanti da jadi seminggu puasa. Dah tua ni, semua benda rasa cepat berlalu. Kenyang pun cepat bila berbuka. Hahaha! Semalam, ciksun berbuka puasa dekat GBW Hotel Johor Bahru dengan kawan-kawan. Eh, cepat betul ye da kenyang. Ke sebab perut dah kecik? 😂

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Macam tahun lepas, GBW Hotel bawakan 'Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi' untuk tahun ni. Siapa pernah berbuka puasa kat sini, mesti tahu macam mana rasanya kesedapan menu-menu air tangan Chef Karim dan team beliau. Tak boleh tak, mesti akan mengimbau kenangan berbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang. Mana taknya, lauk-lauk yang disediakan adalah yang biasa mak-mak kita masak kat rumah untuk berbuka, rasa dekat di hati.

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Hidangan macam Kari Ikan Bawal, Sayur Lemak Pucuk Paku, Udang Sambal Petai, Sotong Paprik, Mee Goreng, Kuetiau Goreng, Aneka Kerabu, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan, Kuih-muih Tradisional, Aneka Sup Warisan, Aneka Goreng-gorengan buat kita teringat suasana berbuka di kampung halaman. Manakala, Ayam Golek, Chicken Shawarma, Kambing Beriyani, Kambing Golek, Satay Bakar, Rendang Kambing, Bubur Lambuk, Pulut Serawa Durian, Durian Goreng, Roti Jala dan Murtabak pulak buat kita rasa macam pergi bazar Ramadan beli lauk berbuka!

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel Johor Bahru

Bagi peminat pencuci mulut macam ciksun, korang akan rambang mata nak pilih dessert! Banyak sangat pilihan kek, puding, jeli dan tart. Bila da habis satu plate, diorang topup dengan pencuci mulut yang lain pulak. Alamak, nak kena rasa semua ke? Dah la lama tak makan dessert, 6 bulan! Sebab tu boleh turun 10kg. Hahaha! Rasa la jugak sikit-sikit, terutama Oreo cheesecake dia, wajib ambik sebab da pernah makan sebelum ni. Sedappp!

Lebih 100 menu diorang sediakan dalam bufet Ramadan kat sini setiap hari. Menunya akan bertukar-tukar. So, kalo korang nak rasa menu berbeza, boleh lah pergi lebih dari satu kali. Ahihihi. Lagi gambar menu korang boleh rujuk dekat page FB Blog Sunah Sakura ya!

Berapa harga bufet? Nahhh detailsnya!

Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi
📍  Lobby Level, GBW Hotel, Johor Bahru
🗓️ 13 Mac - 8 April 2024
🕡 6.30 pm - 9.30 pm

💵 RM108nett per Dewasa
💵 RM58nett per Kekanak (6-12 tahun)
💵 RM88nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)

✨ Beli 10 Dewasa Percuma 1 ✨

✨ Diskaun 20% untuk In-House Guests (T&C apply)✨ 

Room Promo RM150nett ✨ 
Deluxe Room
Sahur @ Breakfast untuk 2 orang
Diskaun 20% untuk bufet Ramadan (2 Dewasa & 2 Kekanak sahaja)

Stay & Iftar Ramadan Retreat RM326nett✨ 
FREE Room Upgrade
2 hari 1 malam
Sahur @ Breakfast untuk 2 orang
Early Check-in & Late Check-out
Bufet Ramadan untuk 2 orang
FREE Shuttle Service
FREE Wifi
FREE Parking

*Surau lelaki dan wanita disediakan di tingkat 7
*Parking flat rate untuk berbuka puasa RM4

☎️ Ms. Aiza (+6016-723 3558)
☎️ Mr. Syahmi (+016-710 0048)
☎️ Ms. Urfa (+6016-710 0073)

Post a Comment

2 Comments

  1. Terlupa nak makan serawa durian laaa huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu time aku balik, da licin pulut dia..hahaha..aku terkilan tak makan beriyani kambing kat luar tu..da kenyang da..huhuhu

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com