Makan-makan Last Sebelum Puasa Di Ashhryshoshedap JB | Kisah dua hari sebelum puasa, ciksun dengan housemates pergi dinner dekat luar. Kali pertama juga semua sekali berkumpul sejak ciksun balik dari Busan. Erm, baru seminggu rupanya ciksun tinggalkan bumi kimchi. Rasa macam dah lama, rupanya baru je lagi. Rindu? Ofkos. Rindu dengan kemudahan pengangkutan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain pada harga yang berpatutan, internet yang laju tanpa batasan sesuai dengan harganya, keselamatan seorang perempuan nak ke mana-mana seorang diri sebab CCTV merata-rata, dan keindahan semulajadinya yang memukau tak jemu mata memandang. Allahu, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
Biarpun semua tu best, tetap juga negara sendiri ciksun pilih untuk duduk menetap. Mungkin kalo senang nak cari makanan halal, sangat fasih berbahasa Korea, dan tak ada pandangan aneh yang sangat tak menyelesakan terhadap orang asing, ciksun boleh lagi nak fikir kali kedua. Haha! So, for now, ciksun lebih bersyukur jadi rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia. Nak cari kedai makan yang boleh lepak-lepak dengan kengkawan pun senang, benda yang paling ciksun rindu masa duduk kat sana. That's why before puasa, ajak la housemates gi makan-makan last kat luar.
Kak Ajan cadangkan dinner dekat Ashhryshoshedap. Ciksun tak pernah pergi, jadi ok jugak kalo nak try. Sebelum ni, ada juga husband forward diorang punya review job untuk blogger, tapi time tu ciksun da stop buat review untuk prepare gi Korea. Kawan-kawan ciksun ada yang pergi buat dan diorang cakap sedap-sedap menunya. Housemates ciksun pun ada yang pernah pergi sebelum ni, diorang pun cakap sedap, cuma takde sape bagitau harga dia boleh tahan jugak. Hahaha!
Not Your Typical Fish & Chips! - RM39.90 |
Creamy Spaghetti With Brisket Beef Strips - RM25.90 |
Kepah Masak Lemak Didalam Dadaku Bergetar Dipanah Sang Arjuna Manja - RM29.90 Mantou Bun Ala Carte - RM8.90 |
Kentang Goreng Ala Ala Jajan Super Ring (Sedap Gilerrr) - RM24.90 |
Creamy Special Edition (Biscoff) - RM12.90 |
Bombastic Sweet Cooler Drink - RM16.90 |
Jangan, jangan, jangan kau tinggalkan daku, sayang - RM15.90 |
Apple Juice - RM16.90 |
Padanlah dengan portionnya, memang besar tapi alhamdulillah boleh je habiskan sorang walopun nampak besar. Agaknya kalo order set yang ada nasi, mungkin akan terasa besar sangat saiz dia. Ciksun order Not Your Typical Fish & Chips! dia, unik betul sos yang disediakan, bukan macam yang selalu kita makan kat luar tu. Diorang hidangkan dengan sos buatan diorang sendiri, rasa macam buttermilk gitu. Fish & Chips Dilautan Paling Dalam pun ada dengan common tartar sauce dan harganya lagi murah dari yang sebelumnya tadi.
Nama-nama menu dia memang unik semuanya. Ada tu panjang sangat sampai tergelak-gelak kita dibuatnya. Dessert pun semua cantik-cantik, kitorang try satu je, Butterscotch Creamy Special Edition. Sedap jugak dan tak terlalu manis. Ciksun mengharapkan ada Creme Brulee tapi tak ada dalam menu. Minuman pun ada banyak jenis, ciksun punya Bombastic Sweet Cooler Drink, refreshing betul rasa dia. Bila da tinggal separuh, ciksun tambah air kosong, masih rasa okay sebab pati bahagian bawah gelas tu manissss. Kitorang meneka-neka ape benda biji-biji merah halus dalam minuman tu, adakah herba Sumac? Rasanya seolah-olah Sumac tapi tak pasti betul ke tak, waiter pun tak tahu, dah balik lupa nak tanya tukang buat air 😆
Time nak balik, ada jugak orang buat surprise birthday celebration. Staff dia semua naik tingkat atas hantar kek dan nyanyikan lagu birthday ramai-ramai. So, kalo korang nak buat sambutan hari lahir dekat Ashhryshoshedap ni, memang boleh sangat lerrr.
Ok lah, cukup setakat tu perut berbunyi mengedit gambo makanan.
Bye, assalamualaikum!
1 Comments
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteMenu nampak sedap2 belaka
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com