Cucur Jagung Sheila Rusly Jadi Menu Berbuka 4 Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel | Salam 8 Ramadan semua. Cepat sungguh masa berlalu, da lebih seminggu kita berpuasa. Berapa hari blog ciksun sepi sebab tuannya tak sihat. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi, 4 Ramadan hari tu ciksun berpeluang merasa Cucur Jagung Sheila Rusly di Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet dekat Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel. Bukan selalu dapat rasa air tangan selebriti dan juga food influencer!
Kalau korang berbuka puasa kat sini pada minggu pertama dan ketiga Ramadan, korang pun boleh jumpa beliau pada hari Jumaat & Sabtu, malah merasa juga air tangannya. Sedap dan lain dari yang lain, first time ciksun makan Cucur Jagung camtu. Nampak Renaissance Johor Bahru Hotel share story kat IG behind the scene kak Sheila punya prep nak buat cucur tu. Pelbagai jenis ramuan digaul bersama, bukan sesimple tepung dengan jagung aje. Patut lah sedap sangat rasanya! Wajib cuba tau!
Bersebelahan live action stall Air Tangan Sheila Rusly tu pulak ada Udang Galah Goreng. Mak ai, beratur panjang tak putus-putus pengunjung ambik udang. Siap goreng je habis, goreng je habis! Dari awal ciksun amek gambar, sampai la da nak gi solat Maghrib, orang masih berbaris kat situ amek udang. Sefamous itu Udang Galah Goreng Renaissance! Haha! Tengok la gambar kat bawah, besorrr giler ye sekor sekor. Ciksun pernah makan sebelum-sebelum ni, dijamin segerrrr insya'Allah!
Selain tu, korang boleh juga menjamu selera dengan Kambing Golek, Nasi Kabsah bersama lauk-pauk dalam kawah - Daging Masak Hitam (sumpah sedap), Asam Pedas Ikan Tenggiri, Rendang Kambing, Ayam Goreng Sambal Berlado, dan Udang Buttermilk (kalau tak silap ciksun). Daging Masak Hitam tu sedap sangat makan dengan Nasi Kabsah. Agaknya kalo dihidangkan bersama Nasi Minyak, mesti lagi rasa macam kenduri kahwin (sebab ciksun rindu nak makan nasik kenduri)😂
Bahagian luar Cafe BLD tu ada jugak Shawarma, Sate Ayam dan Daging, Murtabak, aneka Sup, Chinese Carrot Cake, aneka Dumpling, dan juga Teh Tarik. Bahagian dalam restoran pulak ada hidangan Nasi Kerabu, Ikan Masam Manis, Beef Lasagna, Pizza, BBQ, Mediterranean Hummus, Seafood on Ice, pelbagai jenis Mee, Aneka Kerabu, Kuih-muih Tradisional, Pencuci Mulut, Aneka Bubur termasuk Bubur Lambuk, dan banyak lagi! Korang boleh tengok lagi banyak gambar dekat FB page Blog Sunah Sakura!
Jemput tau!!!
Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet
📍 Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel
🗓 12 Mac - 9 April 2024
🕡 6:30pm - 10:00pm
💵 RM198 nett per Dewasa
💵 RM99 nett per Kekanak (6-12 tahun)
✨ Surau disediakan di tingkat 3 ✨
8 Comments
Kenapa orang lain buat cucur jagung tu nampak sedap je...akak buat selalu failed
ReplyDeleteResepi di tak pakai air SA hehehehe... just guna jagung kisar dan setengah jagung biji
DeleteSama laa, aku sesiap amik udang awal-awal hahahaha..
ReplyDeletePastu kan kenyang sebab makan cucur banyakk LOL
Selamat berbuka puasa
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteUish, Teringinlahhhhh cucuq Jagung Sheila Rusly jugak..Sedapnyaaaa 😍
ReplyDeletePeluang keemasan tu dapat rasa air tangan hos Ketuk-Ketuk Ramadan. 😄
ReplyDeleteCantik template baru ni. 👍
Udang2 tu besar2 dan menyelerakan!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com