Jumpa Tiktoker Farabelle Farafly - Dinner di Hi Asia Haeundae | Awal November tahun lepas, Allah pertemukan ciksun dengan rakan TikTok, Farabelle. Tak sangka juga dapat jumpa setelah selalu belek TikTok Fara tentang tips travel di Korea. Join live dan borak-borak, sampai one day Fara ajak jumpa masa komen-komen dalam live dia. Haha! Akhirnya dah jodoh, jumpa juga masa Fara ke Busan beberapa hari.
Masa tu Fara ada selang masa dalam seminggu sebelum trip seterusnya dekat Seoul. Fara bawak orang datang travel kat Korea as a tour agent dari Malaysia. Ada gap dari trip sebelum dengan trip seterusnya, takkan nak balik Malaysia pulak kan. Banyak pulak kosnya nanti ulang-alik. Jadi, Fara just stay aje kat Korea dan enjoy hujung autumn dengan solo travel, explore tempat-tempat lain luar Seoul. Best betul jadi tour agent. Umur dia lagi muda setahun dari ciksun, tapi dah banyak pengalaman business. Alhamdulillah.
First time jumpa Fara dekat Hi Asia Haeundae. Ajak dia dinner kat situ. Ciksun dah lama teringin nak makan roti naan kat situ. Rindu pulak, nak makan seorang memang besar portionnya. Jadi, ajak lah Fara sekali. Balik dari lab, terus solat Maghrib dekat surau bawah lab. Amek subway ke Haeundae. Restoran tu tak jauh dari subway Haeundae. Rasanya ciksun pernah share dalam entri Haeundae dulu.
Ini lah Farabelle. Manis dan peramah orangnya. Kami order Roti Naan dengan Kari Kambing kalo tak silap. Dengan Ayam Goreng juga sebab Fara da rindu nak makan ayam. Haha! Macam-macam benda kami bualkan. Seronok dengar Fara berkongsi pengalaman bawak orang pergi travel dan tips nak travel naik public transport. Walau first time berjumpa, tak rasa kekok. Mungkin sebab Fara pun dah biasa bertemu orang baru, selalu bawak orang travel kan.
Lepas dinner, kitorang strolling around Haeundae Traditional Market tak jauh dari situ. Bersyukur betul sebab Fara bawak ke satu supermarket yang ada jual ikan bilis saiz biasa kita makan. Ya Allah, alhamdulillah. Dah lama sangat ciksun cari ikan bilis, susah betul nak jumpa yang saiz sedang macam kat supermarket tu. Dekat situ jugak ada pelbagai jenis susu selain dari Banana Uyu. Dapat la merasa Strawberry Uyu dan Melon Uyu (yang ni sedap sangat!).
Seaweed ni pun ada banyak kat kedai tu. Tapi kena belek betul-betul ya sebab mostly produced dekat same facility yang producing pork dan meat. Sila rajin-rajin scan ingredients sebelum membeli.
Terima kasih Fara jumpa ciksun kat sini! Seronok jumpa orang Malaysia di tempat asing, lain rasanya tau. Sebab tu kalo ada orang Malaysia yang kita kenal ajak jumpa kat sini, memang sangat-sangat hargai moment tu. Alhamdulillah.
Selang sehari kemudian, kitorang gi dinner sama-sama lagi. Nanti ciksun share dalam entri lain ya!
1 Comments
Bestnya Cik Sun...sekurang- kuranganya Fara membantu Cik Sun dalam perlbagai perkara kan...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com