Ticker

6/recent/ticker-posts

Yangdong Folk Village, Gyeongju

Yangdong Folk Village, Gyeongju | Alhamdulillah, rezeki ciksun ke Gyeongju lagi setelah pernah jejak kaki kat sini hujung Ogos yang lepas. Kali ni hujung Oktober pulak, ciksun ke Gyeongju one day road trip dengan Eyqa dan kawan-kawan dia. Dia ajak ciksun pergi sama-sama alang-alang diorang sewa transport 8-seater. Pepagi seawal selepas Subuh, ciksun dah gerak ke Busan Station naik bas. Diorang stay area Busan Station, jadi mudah sikit nak jumpa area sana.

Dalam 15 minit menunggu area depan Busan Station tu, akhirnya nampak kelibat diorang dalam tema nude dari kejauhan. Ye, siap ada tema kaler guys. Ahahaha. Ciksun dah la takde langsung tudung kaler nude. Coklat pun takde kecuali tudung basahan. Pakai je la ape yang hampir-hampir nude. Kitorang menapak ke tempat sewa kereta, urusan pengambilan kereta amek masa setengah jam juga dan kena bayar deposit RM1k kalo tak silap masa tu. Dahsyat ke idok?

Sewa Kereta di Busan

Then, bergerak lah kitorang ke Gyeongju berpandukan GPS dekat kereta. Nak keluar ke highway pun struggle gila, sebab asyik salah masuk jalan aje. Berkali-kali pusing kat tempat yang sama. Jalan raya dekat Korea ni memang sangat mengelirukan, lagi-lagi sebab pemandu duduk sebelah kiri. Bila salah jalan, jauh jugak la nak pusing nya.

Toll Gate Gyeongju

Perjalanan amek masa hampir 2 jam. Sampai Yangdong Folk Village tu dalam pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah, cuaca baik. Musim luruh, sejuk-sejuk aircond gitu. Nak masuk ke kampung ni kena bayar entrance tiket sebanyak 4,000KRW seorang dewasa. Ciksun perasan, kalo kat Korea ni takde harga untuk foreigner macam kat Malaysia. Semua dia pukul rata, tu yang bagusnya. 

Nah ciksun share gambar-gambar bercaption untuk korang.

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Harga tiket masuk ke Yangdong Folk Village, Gyeongju

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Dengar sedikit briefing tentang Yangdong Folk Village

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Yangdong Folk Village ni kampung orang lama kat sini yang masih mengekalkan rumah tradisional Korea. Kebanyakan generasi muda dah berpindah ke bandar, jadi ada antara rumah-rumah tu yang kosong tak berpenghuni.

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Rumah ketua kampung, tapi dah takde orang. Boleh masuk ambil gambar guna fon aje, kamera tak boleh.

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Ni pun rumah yang takde orang, tapi pintu pagar dia terbukak luas untuk bagi orang masuk ambil gambar di kawasan rumah.

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Salah satu rumah berpenghuni yang dijaga rapi, suaminya bagi kitorang bergambar dekat pangkin. Siap susun letak set teko teh tu untuk kitorang. Tapi isterinya tak berapa suka, dia keluar ke pangkin dalam 10 minit kemudian, kemas-kemas depan tu dan alihkan set teko tu.

Yangdong Folk Village, Gyeongju
Amek gambar dengan Eyqa je kat sini, takde gambar solo. Haha! Thanks Eyqa ajak akak.

Alhamdulillah, cantik sangat rumah lama kat sini. Tapi kalo tanya generasi diorang yang da moden sekarang, diorang rasa rumah lama gini inconvenient sebab setiap ruang asing-asing, ruang tamu masuk pintu ni, nak ke bilik kena keluar dulu ruang tamu untuk ke bilik sendiri. Then malam-malam nak ke toilet musim sejuk, kena pakai segala jaket untuk keluar bilik. Diorang lagi prefer rumah apartment katanya.

Lama jugak kitorang kat sini, sejam lebih. Banyaknya bergambar aje. Haha! Sebab autumn dia lawa, certain place nampak la kaler autumn tu. Tapi pesanan ciksun kalo korang nak ke amek gambar kat sini, jaga juga privacy orang lain. Jangan terlalu bising, dan minta izin dulu dengan tuan rumah jika rumahnya berpenghuni. Jangan ambil masa terlalu lama juga sampai tuan rumah tak selesa.

Then, dari sini kitorang gerak ke Pohang. Nanti ciksun share dalam entri seterusnya ya! Cuma dari Pohang tu kitorang kembali semula ke Gyeongju untuk tengok suasana bandarnya pada waktu malam. Actually, kalo pergi siang lebih baik sebab lawa bangunan-bangunannya. Semua bumbung beratap tradisi, jemput tengok gambar je lah.

Rising Moon in Gyeongju
Bulan purnama di Gyeongju, lawa sangat-sangat. Thanks Eyqa share gambar ni.

Gyeongju at Night
Bizi walaupun dah malam dan sejukkkk.

Gyeongju at Night
Bergambar dengan ahli kembara. Haha.

Gyeongju at Night
Tempat bergambar tu guesthouse kat Gyeongju. Lawa dan konsep tradisional, 60,000KRW untuk 2 pax for semalam. Ok la kan??

Gyeongju at Night

Sempat kitorang merakam gambar dekat self studio tu. Ahihihi.

Ok bye!


P/S: Bizi betul sekarang ni 😖

Post a Comment

1 Comments

  1. kacak ooo rumah² old style di sinun... rasa nangga cerita hometown cha cha cha jak tp umah kpg tok nang real agik siap berberanda gik umh sidak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com