Ticker

6/recent/ticker-posts

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station | Seingat ciksun, dah tiga kali ciksun jejak tempat ni. Sekali ciksun pergi waktu petang, sebelum ke Busan Cinema Street tu. Then kali kedua, kisahnya ciksun masukkan dalam entri ni. Kali ketiga, ciksun pergi awal November dengan blogger kak Retna. Boleh baca pengalaman kitorang naik Sky Capsule kat situ. Nak tunggu ciksun update, banyak lagi queue ni. Entah-entah, tak masuk terus! Haha!

Aktiviti masa cuti panjang 6 hari tu, bersambung dari Hari Chuseok sampai la ke Korean National Foundation Day. Hari last cuti weekend yang panjang. Ciksun pergi Cheongsapo Daritdol Skywalk. Naik subway dari Kyungsung Uni. Pukyong Uni. station ke Jangsan station, then ambik town bus kaler hijau Haeundaegu-2 ke Cheongsapo.

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Bas berhenti betul-betul dekat Haeundae Blueline Park Cheongsapo station, port orang amek video estetik keretapi lalu. Ciksun pergi ke Daritdol Skywalk dulu dari sini, menapak dalam 10 minit je. Laluan bermula dari seberang Haeundae Blueline Park Cheongsapo station tu. Lintas lah jalan ke sebelah sana. Sepanjang jalan lantai kayu, akan lalu railway Beach Train, ada batas-batas sayuran penduduk sekitar, dan juga kafe-kafe.

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk ni pukul 9 pagi dah bukak. Macam dekat Oryukdo Skywalk hari tu, kene pakai sarung kasut yang disediakan untuk protect lantai kaca. Daritdol Skywalk ni lagi besar dari Oryukdo Skywalk tapi bagi ciksun, Oryukdo Skywalk lebih cantik dari segi view walopun kecik je. Dah puas amek gambar kat situ, menapak ikut coastal road ke lighthouse. Sepatutnya ade dua lighthouse, kaler merah dan putih. Tapi yang kaler putih tengah renovate. On the way nak ke lighthouse tu lalu jeti nelayan, memang kuat bau ikan. Pergi petang dua hari lepas, ramai tourists tengok ahjumma korek sea urchin.

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Dari lighthouse, menapak balik ke Haeundae Blueline Park Cheongsapo station tengok apa yang best. Ada cafe dan merchandise shop kat tingkat atas station. Bole beli fridge magnet yang ada kat situ aje, tak jual kat tempat lain, bentuk sky capsule dia. Tapi ciksun tak beli pun sebab tak naik sky capsule masa tu 😜

Nak naik Haeundae Sky Capsule, one way dari Mipo ke Cheongsapo station (or sebaliknya) rega tiket minimum 2 orang - 35,000KRW, 3 orang - 45,000KRW, 4 orang - 50,000KRW. Kalo nak patah balik naik sky capsule jugak, kena beli tiket lain kat station sebelah sana, atau naik Beach Train.

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Cheongsapo Daritdol Skywalk dan Haeundae Blueline Park Station

Rega tiket Beach Train one way - 7,000KRW seorang (berhenti satu station je), roundtrip - 12,000KRW seorang (pergi dan balik), 1-day pass - 16,000KRW seorang (all stops, reboarding once at the same station). Mipo dan Songjeong adalah the last station untuk Beach Train. Antara dua station ni, ada 4 stops - Dalmaji Tunnel, Cheongsapo, Daritdol Skywalk dan Gudeokpo. Kalau nak turun ke semua tempat ni, kena amek 1-day pass.

Recommended untuk amek Sky Capsule for one way, then naik Beach Train for return, tapi Sky Capsule hanya sampai Cheongsapo aje. So pandai-pandai la plan ya!

Post a Comment

4 Comments

  1. bersih je kat sana kan? Tak nampak sampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak sampah uncle, tapi biasa pagi2 lah..sebelum acik angkel kemas

      Delete
  2. kacakkk.. byk gilak idea pakei content sampei x terupdate dah nya.. hehehe.. tempek gambar jak lah k cuci mata.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yahh benar alu ya..sik tekaber mok ngapdet hahahah

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com