Ticker

6/recent/ticker-posts

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan | Ciksun ke sini pada cuti Hari Chuseok awal Oktober yang lepas. Lama Korea cuti sempena Chuseok, 6 hari ye. Sampai tak tahu nak buat apa. Tapi sebab memang dah lama menanam hasrat nak cari lalang pink ni, maka ciksun pun plan awal-awal minggu tu nak ke sini. Search google, kat mana ada lalang pink area Busan ni. Most suggestions kat google suruh datang ke Daejeo Ecological Park, area Gangseo-gu, Busan.

Musim dia early autumn je, dari mid September sampai Oktober. Nak ke sini, ciksun amek subway Line 2 dari rumah, turun dekay Suyeong station. Then amek subway Line 3 ke Gangseo-gu Office station. Turun kat sini, jalan kaki dalam 11 minit je ke Daejeo Ecological Park. Ciksun ikut Naver, hampir sesat jugak. Sampai la nampak park tu seberang jalan, ciksun rentas je jalan raya ke seberang. Menapak agak jauh juga sebenarnya sebab park ni sangat-sangat besar.

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Yang mula-mula ciksun nampak dari jauh adalah Pampas Grass field dia. Kecik je pun field tu, tak sampai separuh dari park ni. Seciput je. Tapi puas hati la dapat jugak amek gambar beberapa keping dengan video sebab tak ramai orang. Rasa macam ciksun sorang je memula, then baru ada tourists lain sampai. Yang ciksun kagum, ada tiang tinggi CCTV dekat kawasan Pampas Grass ni. Jadi, insya'Allah korang akan rasa selamat je diselebungi Pampas Grass. Haha! Tujuan CCTV tu of course la untuk elakkan berlakunya sebarang jenayah dekat kawasan rumput yang tinggi.

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Lepas puas ambik gambar kat sini, ciksun ke kawasan Pink Muhly Grass pulak. Dari dalam subway tadi dah nampak sebenarnya orang amek gambar dekat Pink Muhly Grass tu. Biasanya subway kan lalu bawah, tapi bila sampai beberapa station sebelum Gangseo-gu Office ni, subway nya lalu atas pulak. So boleh nampak pemandangan indah laut luas dengan gunung-ganang dan sawah padi. Masya Allah cantik sangat-sangat.

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

So berpandukan arah yang ciksun nampak, menapak la ciksun ke situ. Rupanya Pink Muhly Grass Field ni lagi dekat dengan station tadi. Patutnya keluar tadi terus ke sini aje. Tapi kalo terus ke sini, mungkin tak la ciksun sampai ke Pampas Grass yang jauh di seberang sana, hahaha! Alhamdulillah, baik betul susunan Allah, ciksun dapat tengok kedua-duanya sekali.

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Pampas Grass dan Pink Muhly Grass di Daejeo Ecological Park, Busan

Cantik kan Pink Muhly Grass ni? Rare sangat dan kali pertama ciksun nampak. Lalang kaler pink yang takde kat Malaysia. Indah pemandangannya di celahan rumput nan hijau dan langit biru. Bukan ciksun sorang aje yang excited amek gambar, locals pun sama ahjussi ahjumma dengan anak-anak diorang. Ye lah, benda sekali setahun je kan. Muncul nya pulak sekejap aje. Sama la macam bunga sakura. Mekarnya kejap aje.

Tapi ciksun takde rezeki nak tunggu sakura.

Bulan Februari da balik Malaysia, insya'Allah.

Post a Comment

4 Comments

  1. wahh kacak lalu sidak lalang dan rumput yea bah. siok nanga

    ReplyDelete
  2. wahhhh cantiknya, rasanya dekat seoul ada sikit sebab selalu nampak idol bergambar dekat situ tapi kecik je tempatnya. yang kak sunnah pergi ni luas sikit, puas la bergambar, takde termasuk orang lain hehe

    ReplyDelete
  3. mesti rasa tak nak balik rumah ek.. cantik sgt tempatnya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com