First Time Naik Cable Car - Busan Air Cruise dan Songdo Cloud Trails, Busan | Entri ni akan sangat penuh dengan gambar. Malas nak buat part by part, ciksun compile sekali sebab pergi ke tempat ni pada hari yang sama. Tempatnya pun sebelah-sebelah aje. Sebenarnya ciksun ke sini lepas balik dari tengok sunrise dekat Gwangalli Beach. Balik rumah mandi dan bersiap-siap, amek bas ke Songdo Cloud Trails.
Ciksun guna Navermap, tak taip exactly nama Songdo Cloud Trails tu sebab tak sure apa tulisannya dalam Hangul. Kalo taip English pun tak keluar, kena gigih belek google maps, then letakkan location pin dekat dalam Navermap tu. Nanti Naver akan suggest transport yang sesuai untuk sampai ke tempat tu. Kalau tak silap, time tu ciksun pin kan location dekat dengan entrance ke Songdo Clous Trails.
Songdo Cloud Trails ni letaknya dekat Songdo Beach, pantai awam pertama di Korea Selatan. Dikenali jugak sebagai Songdo Skywalk, merupakan binaan jambatan atas laut yang dijadikan sebagai tarikan pelancong. Dibuka seawal 6 pagi hingga 11 malam. Masuk percuma aje, tak perlu bayar apa-apa. Menariknya, ada pulau kecik bernama Turtle Island di pertengahan bridge tu dengan sejarahnya yang tersendiri. Masa ciksun sampai tu matahari da naik, angin agak kuat juga sebab kita berjalan kat tengah laut kan. Akan nampak juga cable car dari kejauhan. Tak henti-henti melintas. Kalau jalan sampai hujung, akan nampak Huinnyeoul Culture Village kat seberang sana, kampung tepi tebing tinggi yang ciksun share sebelum ni.
Pulau kecik Turtle Island kat tengah-tengah skywalk ni menyimpan kisah cinta yang menyedihkan. Suatu masa dulu, seorang nelayan berteduh kat dalam gua semasa ribut. Dekat gua tu lah dia terjumpa seorang wanita yang cedera parah dan menjaganya dengan semua herba ubat yang dia dapatkan. Sampai lah satu waktu, wanita tu tersedar dan memperkenalkan dirinya sebagai anak perempuan Raja Laut. Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya seekor naga. Dia tercedera ketika bertempur melawan raksasa laut untuk melindungi nelayan. Seperti kisah-kisah rakyat yang selalu kita dengar, diorang berdua jatuh cinta, dan puteri mula berdoa selama seribu hari untuk menjadi manusia supaya dapat berkahwin dengan nelayan tu.
Malangnya, pada hari ke-seribu, raksasa laut keluar dan mengganggu doa si puteri. Nelayan mendapat tahu tentang perkara ni, lalu dia pergi ke laut untuk melawan raksasa laut bersama orang kampung yang lain. Walaupun nelayan tu memenangi pertempuran, dia kehilangan nyawanya semasa pertarungan. Puteri tersebut jugak tak dapat menjadi manusia yang lengkap, malangnya menjadi separuh naga separuh wanita. Raja Laut rasa kesian dekat pasangan kekasih ni. Dia mengubah nelayan tu menjadi Batu Penyu dan membiarkan puteri tinggal kat atas batu tu supaya diorang dapat tinggal bersama selama-lamanya.
Haa macam tu lah kisahnya yang ciksun translate dari laman web lain. Haha! Kisah ni ada juga diceritakan dalam gua/terowong kecik dekat Turtle Island tu. Lepas puas amek gambar dan video kat sini, ciksun amek keputusan untuk try naik cable car dia ke seberang sana. Menapak sikit je dari Songdo Cloud Trails tu, akan jumpa platform untuk naik Busan Air Cruise.
Harga tiket ciksun masa naik tu 13,000KRW untuk perjalanan sehala dan standard cruise. Kalo korang amek crystal cruise, which is transparent glass kat bawah kaki, kena bayar lebih sikit lah. Nak naik cable car ni, maksimum 8 orang satu cruise. Masa tu ciksun seorang diri. Ciksun join aje satu group Japanese tourists.
Jauh juga perjalanannya tapi cable car bergerak laju. Kali pertama ye ciksun naik cable car seumur hidup, takde la excited sangat pun. Perasaannya biasa-biasa aje. Mungkin sebab dah tua bangka. Hahaha! Dalam 15 minit gitu dah sampai ke platform seberang sana yang terletak di Amnam Park. Apa yang ada kat sini? Nah tengok gambar.
Amnam Park Sky Harbor menempatkan banyak statues untuk korang bergambar. Ada jugak letter box yang mana korang boleh tulis surat untuk diri sendiri, dan datang balik pada masa depan untuk baca semula surat tu. Turun ke bawah, ada laluan ke Yonggung Suspension Bridge. Tiket masuk 1,000KRW je, tapi ciksun tak masuk pun sebab macam biasa je ciksun tengok. Haha.
Alhamdulillah untuk pengalaman ni. Nanti insya'Allah nak datang lagi hujung bulan depan bawak housemates ciksun. Masa tu boleh lah turun ke Yonggung Suspension Bridge pulak.
Kalau tahan sejuk winter.
4 Comments
ok lepas ni bole la naik cable car genting ngan mat cincang hehehe
ReplyDeletemat cincang tu apa hahahahha
DeleteCantik betul pemandangannya
ReplyDeleteserius la kisahnya sebegitu rupa huhuu...
ReplyDeletekesian pada nelayan tu akhir nya mati pastu jdi batu penyu lak huhuu
well cantik pemandangan di sini :D
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com