Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan | Macam ciksun share dalam entri Magnate Cafe, kat sebelahnya adalah kedai bundle Vintage One, Busan branch. Ciksun ke sini pada awal musim luruh. Suhu time tu masih lagi suam-suam sejuk aircond.

Pepagi, suhu boleh sampai 14°C. Meningkat ke 20°C pada waktu tengahari. Naik dalam 1 - 2°C menjelang petang. Then drop semula bila malam. Betapa cepatnya suhu berubah, baru minggu yang sudah berpanas terik dekat padang Pink Muhly, minggu lepas tu da menggigil pepagi. Alhamdulillah mujur lah masa ke Magnate Cafe tu hati terdetik nak beli baju sejuk bundle dekat Vintage One Busan Branch (빈티지원 부산점) ni. Kedai dia sebelah Magnate Cafe ayah Jimin tu je, dari rumah ciksun dalam 10 minit gitu naik bas.

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Naik bas Nam-gu 10 dari Kyungsung Uni. Entrance bustop, turun dekat Yeonpo Elementary School bustop. Jalan kaki dalam 5 minit ke sini. Baju-baju kat sini dia jual ikut berat. 18,000KRW per kilogram. Diskaun dalam gandaan 1,000KRW bagi setiap 10kg seterusnya. Kalo beli baju sejuk, 1 helai da lebih setengah kilo, so pepandai lah pilih yang ringan tapi boleh memerangkap haba. Kaler pun ada banyak pilihan, orang Korea dia suka pakai kaler common je yang gelap-gelap and dull. Hitam, gray, navy blue. Jadi warna-warna ni ada banyak stok.

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Beli Winter Coat di Vintage One, Busan

Autumn and winter jacket pun ada banyak jenis dan pelbagai ketebalan. Boleh lah pilih ikut suhu. Time sejuk autumn ambik yang sederhana tebal. Untuk winter, ambik jenis ada padding. Ringan tapi memerangkap haba. Knitwear dan thermal innerwear pun ada juga kat sini, tapi tak banyak. Ada rezeki membelek, jumpa yang sesuai.

Kedai ni dua tingkat, pakaian perempuan belah bawah, pakaian lelaki belah atas. Fitting room disediakan. Bukak setiap hari, 10 pagi - 7.40 malam.

Naver: Vintage Won Busan Branch

Post a Comment

0 Comments