Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Tumbler 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan | Peminat BTS mesti kenal siapa Jimin. Dan mesti juga tahu ayah Jimin ada bukak kedai kopi dekat Nam-gu, Busan. Sebelum ciksun gerak ke Busan lagi, adik ciksun dah share post pasal kedai kopi ni. Adik ciksun yang bongsu tu BTS Army. Dia suruh pergi Magnate Cafe ni nanti kalo dah dekat Busan. Masa tu ciksun tak aware pun lagi yang kafe ni satu district dengan ciksun.

Bila birthday Jimin nak dekat, adik ciksun share post BTS Army dari laman X. Magnate Cafe ada release tumbler khas sempena birthday Jimin, 1995 nama diberi, tahun kelahiran Jimin. Bila adik nkoo dah share tu, faham-faham la maksudnya apa kannnn? Nak suruh pergi beli lah tu! Hahaha! Bertuah punya adikkk. Maka ciksun pun survey lah dekat Naver Map, lokasi Magnate Cafe tu. Lahhh, 10 minit je dari rumah ciksun naik bas. Dekat bebenor. Hahaha!

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Akhirnya, sampai lah ciksun dekat Magnate Cafe buat kali pertama pada hujung September yang lepas. Ramai juga orang datang ke kafe ni. Almost full semua meja. Nak order kopi and beli tumbler cepat je, tapi waiting time lama gak, dalam 15 - 20 minit. Nyesal beli kopi tapi sebab baru lepas hujan, terpaksa order untuk hilangkan ngantok. Lahhh tiberr. Rasa macam tak berbaloi datang beli tumbler je, nak juga rasa kopi dia macam mana. Alhamdulillah sedap juga.

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Beli Tumbelr 1995 di Magnate Cafe Ayah Jimin, Nam-gu, Busan

Ni lah tumbler yang diimpikan my sister tu. Ada dua kaler, purple and yellow. 35,000KRW satu tumbler. Lagi mahal dari tumbler setabak. Haha! Dia kirim kaler kuning tu. Dah selamat dibeli. Disuruhnya kirim dekat kak Ajan bawak balik Johor nanti. Lahh, satu kerja pulak kak Ajan nak pos kat dia nanti. Padahal dia pun nak datang Busan gak bulan Februari tahun depan. Ko datang je la sini bawak balik sendiri! Hahaha!

Setakat hari ni, dah tiga kali juga ciksun jejak kaki kat depan kafe ni, sebab sebelah dia adalah Vintage One, kedai baju bundle. Nanti ciksun cerita pasal Vintage One dalam next entry ya!

Mekasih yang masih sudi datang baca blog ciksun walaupun sangat-sangat jarang update.

Post a Comment

5 Comments

  1. hahahah buat peminat tegar BTS, mmg wajib la beli kan tumbler tu.. nasib kita bukan peninat k-pop.. hehehe ku k-drama tu kebarangkalian klu ada mechandise, nak gak beli :D

    ReplyDelete
  2. Aku tunjuk Kakak, nnti time ko nak balik tahun depan baru aku nak kirim belikan untuk Kakak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah..kalo ada lagi tumbler dia time tu weyy..aku riso da habis..nanti roger² je

      Delete
  3. alaaa lawonye tumbler tu..ada PS tak hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com