Ticker

6/recent/ticker-posts

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea

18 November 2023 - First Snow in Busan, Korea | Allahu. Sebagaimana terkejutnya dengan first snow fall di Busan sejak bertahun-tahun tak ada snow, sebegitu terkejut jugak bila seketul ciksun tiba-tiba update blog sejak hampir sebulan blog ni bersawang. Haha!

Sepatutnya ciksun update dulu cerita-cerita yang tertangguh dalam draft, tapi peristiwa yang berlaku hari ni lebih penting untuk direkodkan. Sebelum Subuh pagi tadi, tanggal 18 November 2023 adalah tarikh bersejarah untuk warga Busan sebab ni kali pertama Busan City turun salji. Kalau tengok sejarah, tahun lepas ada juga salji turun dengan sangat-sangat sedikit dan sekejap pada bulan Disember 2022. Tapi bukan dekat Busan City, area yang memang betul-betul tinggi dekat gunung aje. Kalau cari kat google pun, Busan adalah satu-satunya negeri dekat Korea yang tak pernah turun salji.

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea

Subuh-subuh hari ni hairan dapat emergency alert tentang jalanraya beku sebab salji dan hujan turun malam tadi. Dua tiga kali baca nak pastikan betul ke. Mungkin just penggunaan term yang lebih kurang dengan hujan ke? Memang tak terfikir pun yang betul-betul salji dimaksudkan.

Entah macam mana, ciksun pergi la cari kat Tiktok. Allahu, memang ada salji turun sebelum Subuh dekat Busan. Tapi satu je VTT yang baru nampak. Yang lain semua tahun lepas punya. Dalam VTT tu agak lebat juga snow nya. Ciksun tanya owner VTT tu dekat mana, then ada kawan dia jawab Busan. Lorrr. Ciksun dah terlepas first snowfall kat Busan dalam sejarah. Sobsss!

Patut la bising je kat bawah rumah ciksun dari pukul 2 pagi sampai ke Subuh. Ciksun pulak sambung tido je sebab tak tahu cerita. Padahal memang takleh tido sangat pun malam tadi. Asyik terbangun beberapa kali sebab air paip sinki tiba-tiba menitis. Ciksun memang light sleeper. Mudah terjaga dengan bunyi-bunyi perlahan sekali pun. Melainkan dah terlampau penat atau makan ubat yang menyebabkan mengantuk, haa tak sedar sampai ke pagi. Haha!

Kenapa la bila takleh tido tu tak keluar rumah jenjalan ek? Sebab bukan budaya kita orang Malaysia nak keluar rumah pukul 3-4 pagi. Haha! Maka terlepas lah nak merasa snowfall.

Lepas tu jeles tengok video orang lain 😫

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea
Gambar kredit: Yadanar

Baru semalam borak dengan labmate tentang salji turun awal dekat Seoul, 17 November 2023. Dia cakap Busan tak akan dapat salji. Sejak 7 tahun dia duduk Busan, tak pernah salji. My boss pun cakap Busan tak akan snowing. Ciksun tak berharap dah lah lepas tu.

Ditakdirkan Allah, tahun ni suhu sejuknya lain macam dan lebih sejuk dari tahun lepas.

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea

18 November 2023 - First Snow Fall in Busan, Korea

Sempat la amek gambar je sisa-sisa salji belum cair pagi tadi 😆

Alhamdulillah.

Hari ni juga sepatutnya ciksun konvo kat UTM, tapi takde rezeki naik pentas tahun ni sebab sekarang kat Korea. Insya'Allah tahun depan baru konvo bersama keluarga. Ameen.

Post a Comment

4 Comments

  1. nanti awetkan sikit salji tu ye... kita nak buat key chain..hehehe..gurau je...
    Takpe..convo boleh tunda...

    ReplyDelete
  2. Samalh kejadiannya masa aku ke Korea juga 2x .. time tengah sedap membuta, jam 2-4am pagi laa salji turun lebat, tau² bangun pagi nak keluar, bertimbun salji depan hotel hahahahaha .. gerammm!!

    ReplyDelete
  3. Bru tahu.. Ad jugak certain2 area yg x trun salji.. Igtkn semua tempat bersalji

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com