Sotong Paprik, Nasi Lemak Sambal Sotong | Dek kerana nampak kawan share menu Sambal Sotong dia dalam group telegram, ciksun jadi teringin pulak nak makan sotong. Tapi dekat Jagalchi Market hari tu harga seekor sotong pun dah ₩10,000, tak mampu rasanya nak beli. Rezeki ciksun nampak sotong frozen dah siap siang dekat GS Fresh Mart, 4 ekor saiz besar baru ₩12,000. Apa lagi, ciksun terus beli aje.
Yang tak bestnya, diorang da kerat badan sotong tu jadi dia da tak bulat-bulat kalo kita potong. Dia jadi panjang-panjang ler. Takpe lah, asalkan rasa sotong. Cuma sotong besar ni macam liat sikit, kena masak lama baru dia lembut. Jadi la menu-menu sotong untuk dua kali, sekali buat Sotong Paprik, kali kedua buat Sambal Sotong dengan Nasi Lemak. Alhamdulillah.
Hari ni cuaca paling sejuk selama duduk kat Busan. Time ciksun taip entri ni suhu kat telefon 8°C. Nak tunggu tengahari sikit la baru keluar. Ingat nak explore BIFF Square or Chinatown hari ni, insya'Allah kalau rajin.
7 Comments
Selalu sotong ni makin lama masak makin liat, agaknya kalau sotong frozen kena masak lama baru tak liat ya, Cik Sun. Aduii.. mahalnya sotong, bukan kat sana pun byk sotong kat laut ke?
ReplyDeleteSesekali menyotong kat sana...Balik Malaysia nanti gi review Sotong bebanyakkk 😂
ReplyDeleteSenang dah ada siap bersihkan. Bahagian liat yang tidak seronok dimakan.
ReplyDeleteLapar tengok makanan2 dalam post ni ahaha
ReplyDeleteingatkan kat sinun murah sb nanga mukbang suka cdak guna seafoods
ReplyDeletesejuk banget tu....kalau 8 darjah celcius...sotong macam best
ReplyDeleteingatkan kat sana makanan laut murah.. rupanya mahal juga ye. makanan apa yang murah kat sana? rameyon?kimchi?
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com