Ticker

6/recent/ticker-posts

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan | Makin jatuh pulak pageviews blog sejak masuk bulan Oktober ni. Sedih nengoknye. Dah la jarang-jarang update. Makin la jatuh dibuatnya. Ade sesape dah tahu ke macam mana nak naikkan balik pageviews asal sebelum algorithm google bertukar, selain dari update secara kerap? Kalau ada, share-share ekkk.

Hari tu lepas explore Oryukdo Skywalk, ciksun buat keputusan untuk naik bas ke Gamcheon Culture Village pulak. Alang-alang masih awal lagi, baru pukul 10 time tu. Naik bas nombor 27 dari Oryukdo Skywalk ke Chungmu Market Intersection (almost sejam perjalanan). Kena turun dan tukar ke town bus dekat Chungmu Market station, jalan sikit dari intersection tadi.

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Part Chungmu Market station ni jangan tersilap, ada dua bustop yang tak jauh dari satu sama lain kat situ. Make sure tunggu dekat bustop depan GS25. Sebab town bus akan berhenti dekat situ. Kali pertama datang, ciksun dah betul dah tunggu situ. Last weekend ke sana lagi, ciksun tak tengok map dah. Tunggu dekat bustop yang satu lagi. Awal-awal dah heran dah kenapa macam lain bustop ni. Rasanya hari tu tak canggih pun papan timetable bas tu. Kedai belakang pun macam lain.

Bila town bus kaler hijau lalu dan tak berhenti dekat bustop ni, baru la ciksun perasan ada bustop lagi satu sebelah kanan sana. Cepat-cepat ciksun menapak lintas crosswalk ke sebelah sana. Ada bas hijau tunggu sebab lampu isyarat tengah merah, alhamdulillah. Korang boleh naik mana-mana town bus yang ada tulis Gamcheon Cultural Village dekat bas tu. Ciksun naik bas hijau Seogu 2-2 sebab Naver suruh naik bas tu 🤣

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Dari Chungmu Market ke Gamcheon Culture Village dalam 5 - 10 minit macam tu je. Korang akan lalu kawasan berbukit untuk naik ke kampung. Alhamdulillah, tercapai hasrat nak jejak kaki kat sini. Memang cantik rumah-rumah lama penduduk asal kat sini. Boleh ambil gambar banyak-banyak sebab sangat kalerful dan banyak mural yang comel-comel.

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Korang jugak boleh sewa hanbok, kumpul cop setem untuk redeem poskad, hantar poskad ikut tarikh yang kita nak, join painting experience, try kopi kat mana-mana cafe, dan banyak lagi. Sempena Gamcheon Culture Village Festival dari 23 hingga 27 Oktober 2023 ni, banyak jugak mural-mural baru yang diorang tambah. Ada mural BTS yang baru gak berdepan dengan mural Jongkook dan Jimin yang lama. BTS Army suka la ek?

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Macam-macam aktiviti lagi boleh buat sebenarnya tapi sebab datang seorang diri, tak syok pulak nak beria. Cuaca pun panas sangat bila dah nak masuk tengahari, sampai ciksun beli topi kat situ 😂 Untuk korang yang nak datang ke sini, kena be prepared physically and mentally ya. Banyak tangga kat sini, jadi kena gigih turun naik. And please behave, jangan buat bising sebab antara kedai-kedai semua ni ada rumah penduduk yang berpenghuni.

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Hantar Poskad ke Malaysia di Gamcheon Culture Village, Busan

Souvenirs shop pun banyak gila, harga pun lebih kurang je antara satu sama lain. Kena rajin survey kot jumpa poskad yang lebih rare dan mungkin ada yang murah sikit dari kedai lain. Ciksun sempat hantar poskad dekat suami dan Sis Lin jugak masa kat sini. Time ni belum gaji lagi, jadi beli dua je dulu. Alhamdulillah, dah sampai dah poskad nya dekat diorang. Ciksun rekemen, kalo korang nak pos poskad, pergi kedai yang ciksun share gambarnya kat atas tu. Make sure pilih tarikh hari korang datang or selepasnya untuk hantar poskad pada tahun yang sama. Kalo letak pada tarikh sebelum korang datang, diorang akan pos pada tahun depan.

Kampung ni bukak untuk lawatan dari pukul 9 pagi sampai 6 petang setiap hari.

Post a Comment

3 Comments

  1. Cepat juak servis post sinun. Btw, kmk pun perasan bulan tok pageview kurang & revenue adsense pun macam merosot jak.

    ReplyDelete
  2. ahh pv blog drop giler.. katanya algo google dah berubah adeh. fenat. adsense pun drop huu. btw cantik view kat Gamcheon.. ramai orang pergi sini masuk list nak singgah.

    ReplyDelete
  3. Sama Sun, PV jatuh semua.. tapi alhamdulilah, nasib baik so far adsense aku okay.. tengah godak jugaa tengok apa masaalahnya ni..

    Thanks untuk poskad cantik.. aku tampal kat esbox hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com