Ticker

6/recent/ticker-posts

Labmate Bagi Shine Muscat Sempena Chuseok

Labmate Bagi Shine Muscat Sempena Chuseok | Sepatutnya ciksun up cerita ni masa cuti Chuseok hari tu. Tapi terlupa pulak. Cuti enam hari tu banyak keluar rumah gi berjalan aje, sehari je tak keluar ke mana-mana sebab senggugut. Nanti ciksun share cite jalan-jalan ek. Banyak sebenarnya entri tertangguh ni, banyak dah tempat menarik yang ciksun gi explore sorang-sorang. Tapi belum ada kesempatan dan kerajinan nak menulis kat sini.

Sehari sebelum cuti Chuseok tu, labmate ciksun bagi something. Masa tu ciksun kat rumah, lunch time break. Dia whatsapp ciksun, ada letak Shine Muscat atas meja ciksun. Gift sempena Chuseok, katanya. Ciksun terkejut juga, dan rasa terkilan sebab tak belikan apa-apa untuk dia, labmate yang lain dan Prof. Sebab tak tahu kan budaya Chuseok ni macam mana. Rupanya ada juga yang bertukar-tukar gift tanda penghargaan. Ciksun bagitahu labmate tu, ciksun sedih sebab takde beli ape-ape untuk sesiapa. Dia cakap takpe, tak perlu beli apa-apa pun. Dia just nak balas budi je sebab ciksun selalu bagi dia roti. Alahai, ciksun rasa macam ape la sangat roti tu, ciksun bagi sebab terbeli yang tak boleh dimakan. Dua kali ciksun beli roti, kat rumah baru check label. Made at the same facility which producing pork. Lahhhh. Terpaksa bagi kat dia.

Labmate Bagi Shine Muscat Sempena Chuseok

Nak dibandingkan dengan Shine Muscat ni, ciksun pergi google. Mahal juga buah anggur eksotik ni. Adeii. Takpe lah, ciksun plan nanti New Year lah nak bagi dia hadiah, insya'Allah.

Shine Muscat ni sebenarnya sejenis anggur yang berasal dari negara Jepun. Warna hijau kekuningan, takde biji, kulit yang kental, bila gigit je akan dengar bunyi yang rangup. Rasa dia manis-manis hampir tak masam langsung, katanya muscat flavour. Ciksun tak tahu la muscat tu rasa apa. Malas pulak nak study lebih. Haha!

Khasiat nya banyak juga, kaya dengan vitamin C untuk kuatkan sistem imun, potassium untuk seimbangkan tahap air dalam badan, dan juga kalsium untuk kuatkan tulang dan gigi. Kalo google, dekat pusat beli-belah dalam talian E-mart, sekotak 2.5 kg yang ada tiga tandan anggur Shine Muscat reganya ₩66,600 (≈RM232). Labmate ciksun ni bagi 2 tandan, gulpp. Macam mana la ciksun tak segan. Huhu.

Tapi, da habis makan da pun. Setiap kunyahan, teringat kat dia 😂

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagilah dia gelang kristal, orang Korea suka kristal Sun heheheh

    ReplyDelete
  2. Sini viral anggur shine muscat.
    Alhamdulillah dapat rasa anggur mahal.

    ReplyDelete
  3. cheuseok... tau tau..ada tengok kar XO Kitty tu...wah bestnya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com