Beli Barang Dapur Import Halal di New World Mart, Sasang-gu | Ni kedai runcit barang dapur import halal yang pertama ciksun jumpa sejak sampai ke Busan. Gigih google macam mana nak ke sini sebab takut tersesat. Tapi masa memula datang dulu memang sesat pun sebab dalam google map tunjuk tempat yang salah. Sedangkan takde la jauh sangat dari Sasang subway station. Malah lagi dekat kalo turun Sasang punya Busan-Gimhae LRT station.
Nak ke sini dari rumah ciksun, dalam 20 minit gitu naik subway, ade 15 stops. Sampai Sasang station, keluar exit 3 ke arah Busan Seobu Intercity Bus Terminal. Kalau naik lif, keluar lif terus ke kanan dekat simpang empat. Nanti akan lalu bus terminal tu sebelah kanan. Jalan terus sampai nampak Emart, masuk lorong kanan sebelum Emart tu.
Dekat area ni ada tiga kedai runcit barang dapur import. Asian Mart, Shahjan Mart & Halal Food, dan juga kedai New World Mart ni, Korang boleh pilih lah nak pergi mana satu. Ciksun pilih yang ni sebab nampak macam lagi banyak pilihan berbanding yang dua tu. Asian Mart pulak nampak macam kedai Chinese food sebab ada tanglung Cina depan kedai.
Macam-macam barang runcit ada dekat sini. Diorang bawak masuk import dari Pakistan, India, Indonesia, Thailand, dan lain-lain. Korang boleh belek dulu pek barang sebelum beli. Ada logo halal Majelis Ulama Indonesia dan logo halal negara yang lain. Ayam, daging lembu, daging kambing pun ada. Boleh la buat tambah stok barang dapur untuk sebulan terus kalo jauh macam ciksun. Harga pun rasanya masih berpatutan lagi dari tempat lain.
Ayam sebungkus 8,000W je (+-1kg). Ada frozen tempe juga dari Indonesia, ciksun kalo datang sini, borong dalam dua tiga bungkus terus. Seronok juga jumpa barang halal yang banyak, sampai tak sedar bakul da berat. Kena berhenti sebelum tak larat angkut ke station subway. Haha! Tak sedor diri kadang, naik public transport aje. Nak beli beg grocery yang jenis tarik tu, tapi takut nampak macam ahjumma sangat 😂
Kat atas kedai ni ada restoran halal Indonesia dan India. In case da kelaparan, boleh lah naik atas ni makan dulu sebelum balik.
Ok bye!
6 Comments
wah kat korea.. bestnya dekat dgn rumah
ReplyDeletealhamdulillah...seronok jumpa kedai mcm ni kan, boleh shopping tanpa was was gitu...
ReplyDeletecik Sunah punya explanation mcm kita pun nk pegi jugak esok...details betul...hihihi...salam kenal ya...
ReplyDeleteAduh, teringat dulu² susahnya beli barang kemudian nak bawa naik kenderaan awam. Tak ada gambar Cik Sun dengan barang yg dibeli?
ReplyDeletetakde...ahahah, masa ni belum ada tripod nak amek gambar sendiri 😂😂😂
DeleteHahaha bag tarik barang tu ada kisah lucu aku gan Retna masa kat Korea hahahahaa
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com