Ticker

6/recent/ticker-posts

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport | Kembali ke moment sebelum berangkat ke Korea, ciksun nak ucapkan terima kasih kat kawan-kawan yang hantar ciksun hari tu. Nak simpan kat sini kenangan bergambar nya. Beberapa hari sebelum berangkat, ciksun gerak dari JB ke KL naik kereta. Balik Kedah dulu dengan suami untuk jumpa keluarga kat kampung, naik bas. Kereta ciksun, kami tinggalkan di parking rumah suami. Masa ni dah bawak segala beg bagasi. Jadi memang tinggalkan dalam kereta aje waktu tu.

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Kat Kedah musim buah-buahan, sempat la merasa petik manggis, rambutan, dokong, dan rambai. Meriah sekeliling laman rumah mertua dan kakak ipar. Ayah mertua turut bekalkan kami dengan buah cempedak untuk dibawa balik ke KL. Gigih juga kami bawak naik bas. Sempat bersua muka dengan rakan TikTok, EijaIsmail di Terminal Bas Shahab Alor Setar. Manis orangnya dan dah sewajarnya ciksun panggil dia kakak. Jauh datang dari Jitra sebab nak jumpa kami. Dia bekalkan juga kek Kurma dan puding.

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Sampai bas kami gerak, dia masih kat terminal dan bagi lambaian terakhir. Terima kasih kak Eija. Sampai KL, ciksun ambil kereta dan balik ke rumah adik di Shah Alam. Bawak buah-buahan dari kampung juga untuk adik. Suka lah dia, durian aje takde sebab da habis musimnya. Ciksun stay dalam berapa hari kat rumah adik, sebelum suami ambil ciksun hari Ahad malam untuk ke airport. Dak Amad buat surprise pulak, tiba-tiba wujud dalam kereta bersama dak Syukur. Kemain whatsapp kata tak sempat nak jumpa. Hek elehhhh. Ciksun buat reaksi tak terkejut pun. Hahaha!

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Sampai airport dalam pukul 10 lebih, kami pergi wrap luggage besar ciksun dulu. Risau juga kalo terkemik ke ape sebab berat gila, lebih 20kg beg tu. Mula-mula nak wrap pakai plastik je, tapi brother tu cakap better beli wrap kain tu, boleh pakai lagi nanti bila-bila. Suami ciksun pun suruh pakai wrap kain tu. Ciksun proceed je lah, ikut mana yang baik. RM90 kot kalo tak silap sarung kain ni, mekasih suami belanja.

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Dalam pukul 11 lebih, kawan-kawan TikTok pun sampai. Zahra, Yan, Chef Iman dan anak-anak, serta Deebot pun datang ke airport. Sempat pulak lah suami hulur bekas kek kurma untuk diorang rasa-rasa kat depan departure hall tu. Hahaha! Terima kasih kepada kak Eija yang bekalkan kek 😂

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Lepas tu, pergi print bag tag dan berbaris untuk drop luggage. Ramai juga yang naik flight kul 2 pagi ni. Masa berbaris tu suami cakap nak ke toilet kejap. Lama betul dia pergi toilet sampai ciksun da pergi tukar kaunter lain and siap drop luggage pun dia tak balik dari toilet. Risau da ciksun, and akhirnya dia muncul dengan kejutan. Tak, tak. Dia bukan buat kejutan bersama luggage nak pergi Korea. Tapi tiberrr ade housemates ciksun dari JB weyyy datang!

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Lorrrr, bersekongkol dengan laki aku yee korang. Hahaha! Mekasih weyyy datang hantar. Terkejut betul ciksun dibuatnya. Mengada betul lah memasing konon tak sempat jumpa lahhh, siap tanya dah kat airport ke ape. Yihhh 😂😂😂

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Ada yang balik awal, ada yang stay sampai ciksun masuk balai berlepas. Teringat sampai sekarang mimik wajah suami ciksun yang sempat ciksun pandang kali terakhir sebelum ke paspport scanner. Huhuhu. Lepas scan paspport, tengok balik kat tempat tu, diorang semua da takde. Da gerak balik da semua. Alhamdulillah, mekasih semua yang hantar ciksun hari tu. Ciksun hargai sangat-sangat. 

Mula sedar akhirnya ciksun seorang diri dan kena kuat. Nah ciksun share gambar-gambar selepas diorang semua gerak.

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Hantar Kat Airport
Beg besar tu dapat tag kuning ni and kene inspection. Ikut je arahan diorang and pergi custom clearance counter. Dia nak tengok ape kat dalam je. Rupanya gelang kristal ciksun tu yang mencurigakan. Haha! Then dia lepaskan aje.

Alhamdulillah ala kulli hal. Allah permudahkan semuanya. Nanti ciksun share lagi entri masa ke Jeju pulak ya. Banyak betul entri nak kena update ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh ciksun gi sana atas urusan kerja ke?

    ReplyDelete
  2. all the best Cik Sun..tak ecare kat sana ya..:)

    ReplyDelete
  3. apa kes gelang tu ciksun.dia berbunyi ke? akak pernah pakai abaya banyak batu.dia bunyik dan check bagai nak rak tak jumpa apa. dah la nak kejar flight sangat masa tu. geram betul

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah bila dikelilingi org yg baik2.. Allah permudahkan urusan.. Semoga ceria di Korea

    ReplyDelete
  5. Baca pun dh rasa sebak sbb pernah berada di situasi mcm tok... ms hantar laki keja di putrajaya... 1st time pjj... sedih eh... pasya setiap mgu balit kch... hihihi... ktk agik mencabarlah x dpt nk balit selalu

    ReplyDelete
  6. sedihhh.... but excited jugak kan sbb nak tau what happend next.. now dah settle down and seronok la sbb leh jenjalan tgk tempat org semua kan.. have fun!!! pejam celik pejam celik (banyak kali la of coz) nanti balik dah. amik gambar byk2 and simpan semua memori... coz you'll treasure it later...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com