Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island | Hari kedua di Jeju, ciksun ade presentation and pertama kali jadi session chair untuk conference. Allahu, gemuruh juga nak jadi emcee and nak kene present paper pulak dalam masa yang sama. Boleh pulak Prof ciksun dari UTM ajak pergi jalan-jalan  dulu pagi tu sebab slot diorang kosong 😂

Kita layankan je la and tolak tepi kejap pasal conference. Makanya, hiking ke puncak Seongsan Ilchulbong pakai baju nak present petang tu jugak 🤣

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Takde la awal sangat kitorang keluar. Dalam pukul 8 lebih jugak baru gerak dari hotel. Ciksun ajak diorang semue ke Seongsan Ilchulbong Sunrise Peak, Jeju. Dari hotel, dalam sejam juga perjalanan, menghala ke timur Jeju Island. Kat area timur pulau ni ada banyak sebenarnya tempat menarik, tapi kami sempat cover satu tempat ni aje. Yang lelain tu next time je la ciksun pergi sendiri kalo ada rezeki 😂

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Seongsan Ilchulbong ni sebenarnya dinobatkan sebagai tapak UNESCO - World Natural Heritage, Global Geoparks Network dan New 7 Wonders of Nature. Juga dikenali sebagai 'Puncak Matahari Terbit', Seongsan Ilchulbong ni ialah archetypal tuff cone yang terbentuk daripada letusan hidrovolkanik di dasar laut cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu. Terletak di pantai timur Pulau Jeju dan dikatakan menyerupai istana purba gergasi, tingginya 182 meter, mempunyai kawah seperti mangkuk yang terpelihara dan juga memaparkan struktur dalaman yang pelbagai hasil daripada tebing laut. Ciri-ciri ni dianggap bernilai geologi, memberikan maklumat tentang proses letusan dan pemendapan gunung berapi hidromagmatik di seluruh dunia serta aktiviti gunung berapi masa lalu Seongsan Ilchulbong tu sendiri.

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Harga tiket nak naik ke The Summit 5,000W per Dewasa. Kalo korang pergi dalam group minimum 10 orang, boleh dapat rega 4,000W seorang Dewasa. Ada FREE trail juga tapi untuk seaview je, tak sampai ke puncak kawah Seongsan Ilchulbong tu. Tiket boleh beli dekat kaunter atau dekat kiosk tak jauh dari pondok kaunter tiket.

Untuk sampai ke puncak The Summit, mengambil masa dalam 30 minit pendakian kalo korang tak biasa mendaki. Tapi kalo korang jenis selalu hiking dan fit, mungkin 15 minit je dah sampai. Hari pulak hujan, gigih tak gigih weyyy berbaju hujan memanjat. Sampai ada kawan TikTok tanya kat vtt ciksun, mandi hujan ke mandi peluh? Hahaha!

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Sepanjang perjalanan mendaki, boleh nampak banyak batu-batu gergasi yang terbentuk secara semulajadi juga kat tepi-tepi trail. Ada antaranya diorang respect as spirit penjaga gunung, so korang kena behave sikit sepanjang mendaki tu. Dekat mana-mana port korang berhenti dari bawah sampai atas, korang akan nampak view pulau Jeju yang sangat cantik. Ada beberapa biji lighthouse juga yang bole nampak dari atas ni.

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Tak Sangka, Dapat Tawan Puncak Seongsan Ilchulbong, Jeju Island

Alhamdulillah, dapat tawan The Summit walau tak expect pun nak mendaki sampai atas. Sepanjang mendaki tu pun memasing mengungkit, sape punya idea la naik atas ni 😂😂😂

Lepas tu bergegas gerak ke Shilla Stay Hotel untuk join conference dan lunch. Lepas lunch balik hotel kejap untuk solat, then ciksun menapak semula ke hotel untuk present paper, dan jadi session chair. Allahu, kejap bebenor dah siap sesi ciksun. Bila dah siap, turun ke lobi tunggu Prof dan lelain datang kutip 😆

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com