Ticker

6/recent/ticker-posts

Memang Perlu Sangat-sangat Untuk Buat Budget Planning Sekarang Ni

Memang Perlu Sangat-sangat Untuk Buat Budget Planning Sekarang Ni | Bila orang tengok ciksun pergi kerja dekat Korea, then ada yang tanya sewa bilik studio kat sini sebulan berapa (lepas tu terkejut ternganga), lebih banyak tanggapan seolah-olah ciksun ni banyak sangat duitnya. Padahal, hakikat yang sebenar, ciksun dan suami sangat-sangat struggle untuk meletakkan ciksun dekat tempat ni sekarang. Beberapa bulan sebelum ke sini, kitorang banyak buat business tepi, jual keychain dan barang affiliate dekat TikTok, jual tasbih dekat Shopee, jual pokok keladi (yang tak berapa ada sambutannya, hahaha!), dan banyak lagi lah.

Benda yang orang lain tak nampak, suami sampai lebih banyak mengikat perut sebab nak kumpul duit untuk urusan ciksun ke Korea. Sampai ke last minute, ciksun terpaksa juga meminjam duit dengan beberapa orang sahabat baik, malah family suami pun bantu pinjamkan duit untuk bayar deposit rumah kat sini. Allahu, alhamdulillah. Ada kawan-kawan yang sangat baik dan family yang membantu. Semoga Allah murahkan lagi rezeki mereka dan permudahkan segala urusan diorang di dunia juga akhirat. Ameen.

Duit untuk ke Korea sebulan yang lepas hanya cukup-cukup untuk bayar sewa rumah bulan pertama, deposit rumah, dan makan minum ciksun untuk bulan pertama sebelum dapat gaji. Takdir Allah, bila sampai aje Busan dan jumpa realtor, boss ciksun deal dengan dia supaya ciksun bayar sewa 6 bulan terus in advanced, memang dinaikkan sewanya sedikit dari asal tapi dah tak perlu bayar deposit. Maka, ada lebihan duit dari deposit tu untuk ciksun buat backup emergency in case urusan gaji ciksun ada masalah.

Ye, memang ada masalah sebab ciksun belum ada Residence Card (RC), kad khas untuk orang asing yang duduk dekat Korea lebih 90 hari. Wajib buat RC dalam masa 3 bulan ketibaan kat Korea. RC ni lah yang akan membolehkan kita bukak akaun bank, subscribe monthly prepaid plan untuk telefon dan juga register online platform diorang. Sangat penting ya, sebab semua benda nak register kat Korea ni kena ada RC yang link dengan nombor telefon Korea. Ciksun dah buat appointment untuk register RC ni, tapi paling cepat pun 6hb Oktober nanti, insya'Allah minggu depan. Sebulan lebih gap dari tarikh ciksun buat reservation kat website diorang.

Disebabkan belum ada RC lagi, susah la ciksun nak buka akaun bank. Katanya akan ada limitation untuk jenis akaun yang kita bukak kalo guna passport. Tapi boss ciksun suggest bukak je dulu guna kontrak kerja, employment certificate dan passport. So, minggu lepas ciksun dah ke SuHyup Bank dalam kampus untuk bukak akaun. Amazingly, diorang rujuk IC Malaysia jugak ye. And alhamdulillah dah berjaya bukak akaun bank minggu lepas. Cuma ciksun belum ada online banking, yang tu kena pakai RC baru boleh register. Bank teller cakap, nanti RC dah siap, datang balik ke bank untuk bukak online banking.

Memang Perlu Sangat-sangat Untuk Buat Budget Planning Sekarang Ni

Memang Perlu Sangat-sangat Untuk Buat Budget Planning Sekarang Ni

Memang Perlu Sangat-sangat Untuk Buat Budget Planning Sekarang Ni

Comel kan kad bank ciksun? Hahaha!

Supposedly salary bulanan akan dapat pada 25hb setiap bulan, which is hari ni lah. Tapi ciksun rasa tak masuk pun lagi salary, akan jadi tunggakan ke bulan depan sebab minggu lepas je kan baru siap akaun bank nya. Mesti banyak urusan diorang nak buat. Takde pun dapat mesej macam dalam drama Korea bila dapat gaji tu. Haha! Nak check ATM belum sempat lagi walaupun ATM kat bawah nun depan bangunan rumah ciksun je. Tengok la esok pagi kalo rajin.

Tapi worst case scenario, kalo tak masuk lagi salary, memang ciksun kena berjimat-cermat sangat-sangat. Alhamdulillah ada jugak duit job blog masuk dua tiga. Boleh lah tampung kehidupan sampai bulan depan. Itu pun kena beringat-ingat berbelanja. Bulan dapan bila salary dah masuk, kena bayar hutang-hutang dekat semua orang jugak. Ciksun siap dah buat draft untuk budget planning. Berapa nak bayar hutang, berapa nak bagi mak, berapa nak start invest. Ye, kena plan betul-betul semua ni supaya tak kalut di kemudian hari.

Ciksun suka rujuk budget planning calculator ni. Senang nak draftkan pembahagian duit bila dapat gaji. Boleh compare ikut komitmen kita. Kadang orang ni tak tahu berapa nak letak kat savings, berapa nak tolak ke hutang, berapa nak bayar bil, nak bayar kereta, nak bayar rumah, nak bagi sumbangan kebajikan, dan macam-macam lagi lah. Kadang ada yang kita terlepas pandang, bila rujuk kat website tu, baru lahhh terdetik nak tolak ke tempat-tempat tu.

Ada jugak calculator yang bantu kita dalam saving goals kat website yang sama. Ni macam ciksun share sebelum-sebelum ni lah, sangat bermanfaat untuk kita buat future punya emergency savings, atau kalau nak buat tabung travel pun boleh sangat. Kot la lagi berapa tahun nak pergi umrah dan mengelilingi dunia, boleh lah plan berapa nak simpan tiap bulan untuk capai target yang kita nak. Kalo macam MAE Maybank tu, dia da kira sesiap dan deduct dari akaun kita, pun senang jugak.

Korang doakan lah, moga ciksun dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kat sini tau! Mudah-mudahan tertunai la segala yang dirancang dalam urusan kewangan ni. Insya'Allah.


P/S: Duit mengalir macam air.

Post a Comment

10 Comments

  1. Insha Allah, sentiasa percaya Allah akan cukupkan keperluan Ciksun di bumi Korea. Semoga rezeki kitak mengalir kedak air juak 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Semoga segala kesusahan digantikan dengan kebaikan.

    ReplyDelete
  3. Aamin..Semoga dipermudahkan urusan Dr Hasunah untuk mengawal kewangan Dan membayar segala yang diperlukan di Dunia ini.. Aamin ya Rabb! Kawan kawan yang baik pun sejenis rezeki jugak...Syukur ada job kat blog ek.. Keep blogging la citanya..hehe..

    Comeyy kad bank! 😁

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, nampak macam semuanya mudah. Semoga baik2 sahaja buat Cik Sun di sana ya.

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan Allah bantu dan jaga Ciksun selalu. ..
    Di sini pun ramai yg dah mula ikat perut, harga barang sangat mahal :(
    Allahu musta'an 🤲

    ReplyDelete
  6. Akak setuju..tak kira la situasi macam mana dan kat mana kan..macam akak yang baru kahwin ni pun sama..memang kena plan budget sendiri..walau ada suami, walau suami bagi nafkah..tetap kena pandai budget..x boleh dah nak suka2 macam single dulu

    ReplyDelete
  7. susah juga bila kita terpaksa spend duit untuk something unexpected. take care kak sunnah, semoga dipermudahkan urusan di sana jugak

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan akak dekat sana

    ReplyDelete
  9. take care kak ! semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan akak disana.

    ReplyDelete
  10. semoga semuanya dipermudahkan & berjalan dgn lancar & semoga dimurahkan rezeki cik sun kat sana..aamiin..
    semua tu dugaan tu,. in sya Allah.. everything will be okay...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com