Weekend Tak Tahu Nak Buat Apa, Main Free Games Online Culinary Schools Je Lah | Sekarang fasa berjimat-cermat. Disebabkan dah banyak mengalir keluar duit masa nak mulakan hidup baru dekat Busan ni, beli barang-barang rumah, stok makanan dan lain-lain, now kena bijak sikit berbelanja. Tak boleh nak pergi jalan-jalan dulu. Gaji pun belum lagi ni, ada banyak prosedur juga untuk dapatkan gaji pertama. Sebab ciksun belum ada akaun bank Korea lagi. Nak buat akaun bank Korea pulak kena ada Residence Card atau nama lamanya Alien Registration Card. Jadi gaji dan segala claim ciksun masih on hold. Semoga ciksun bertabah mencatu makanan dan mengikat perut 😭
Hahaha!
Ciksun ok lagi insya'Allah. Cuma risau juga kalo memakan masa yang agak lama, worst case scenario, mungkin bulan November baru ciksun dapat ARC. Bila da dapat ARC, baru boleh bukak akaun bank Korea dan kemudian baru lah dapat uruskan gaji. Duhh, banyak gila proses. Huhu. So disebabkan hal kewangan yang terpaksa dicatu ni, kita kena lah duduk rumah saje. Kalau berjalan pun, explore sekeliling rumah tanpa mengeluarkan apa-apa perbelanjaan. Bila tak dapat nak berjalan sangat, jadi bosan jugak ciksun. Duduk je ngadap Netflix pun naik boring. Fuhhh.
Mujur la ada free game online dekat CulinarySchools.org tu ha. Kawan ciksun yang rekemen website ni sebab ciksun duk meratib boring kat dia. Rupanya ada banyak pilihan game kat situ yang kita boleh main dengan percuma aje, dan yang lagi best, tanpa iklan! Takde la rasa terganggu nak tekan-tekan iklan kan. And kalo tengok pada nama website, faham-faham lah, maksudnya game dia banyak tentang kulinari dan makanan. Sebenarnya dekat homepage CulinarySchools.org, korang akan didedahkan dengan kewujudan sekolah-sekolah kulinari dekat USA nun. In case ade anak-anak atau kenalan yang berminat nak mendalami ilmu kulinari di luar negara, boleh lah belek website tu jugak.
Untuk game pulak, ada pelbagai peringkat umur boleh main. Dari yang paling senang sampai lah yang tahap susah gilerrr. Ciksun belek satu per satu nak tengok tahap kesukaran dia. Ada yang senang tu memang senang sangat sampai ciksun tergelak pulak dengan game nya. Ye lah, faham, yang tahap tu sesuai untuk kanak-kanak usia tadika. Tapi senarai game kat laman ni diorang tak susun ikut level kesukaran ye, korang kena try satu-satu nak tengok.
Yang first tu, Can I Eat It? lebih kepada nak uji fikiran anak-anak sama ada benda yang budak perempuan tu ambik dari dalam semak tu boleh makan ke tak. Makin lama, masa yang diberikan akan jadi semakin suntuk. So, kena cepat-cepat jawab Yes or No. Haa, begitu lahhh. Ni tahap antara Easy dan Average.
Kan terlampau senang tu. Haha! Tapi ada jugak yang dalam sebegitu senang, dia memberi ilmu masakan sekali. Contohnya macam Sweety Cooking Chocolate Cake kat bawah ni. Memang mudah, just ikut arahan dia je nak pick bahan apa untuk digaul dalam mangkuk. Sebab dah pernah buat brownies and kek coklat, memang betul lah cara-cara yang dia tunjuk tu. Cuma takde la details berapa gram semua tu haaa. Yang tu, baik nkoo pergi sekolah dekat Culinary Schools yang diorang rekemen 😜
And ada yang susah sangat sampai ciksun geram. Banyak kali cuba, asyik game over 😂 Macam Food Run kat atas ni lah. Entah lah, tak reti sungguh nak lompat parit, asyik terjatuh aje. Surrender terus ciksun, memang tak sesuai la nak jadi pemburu makanan. Hahaha!
Selain daripada game makanan, diorang ada jugak sediakan game-game dari genre yang lain. In case korang dah bosan dengan game pasal makanan tu, boleh lah main game lain pulak. Ciksun rasa yang paling ciksun suka setakat ni game Supermarket dia. Ala-ala The Sims lah, bina supermarket sendiri dan buat keuntungan sebanyak yang boleh.
Game ni menguji kepantasan kita buat keputusan dan menilai keutamaan pada masa genting. Ha begitu sekali pengajaran dia. Ye lah, korang kena multitasking dan alert dengan stok produk jualan kat supermarket. Make sure barang-barang cepat topup bila da habis, dan kena jugak elakkan pelanggan tunggu lama untuk bayar barang belian dekat kaunter. Best sampai ciksun tak tahu bila nak habiskan. Last-last pangkah je sebab dah nak keluar time tu 😂
Overall, bagi ciksun memang nice lah pilihan game yang ada kat Culinary Schools tu. Boleh hilangkan bosan dan bebudak boleh main sambil belajar jugak. Korang boleh lah try bebila kalo takde ape nak buat nanti. Nak bagi anak-anak main pun ok sangat.
3 Comments
Bagus mengisi masa lapang dgn sesuatu walaupun bermain game.. Sbb duduk sorang2 tu mmg jadi mati akal dgn kewangan yg limit.. Insyallah semua nya akan back to normal .. Amin..
ReplyDeletetaknakla main... nanti ketagih...hahahah... kalau perlukan bantuan... roger2 tau. Unnie Ah Ji-an sudi je nak jadi ahlong untuk Ha Sun-ah
ReplyDeletewah..menarik ni ..
ReplyDeletein sya Allah, every thing gonna be okay.. pelan2... MA dulu 3 bulan baru dpt gaji siap main kutu la.. minta no 1... he he he.. sbb utk survive kan.. dgn anak2 lagi time tu but alhamdulillah...makin lama makin ok
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com