Lunch Halal Food di Rajmahal Indian Restaurant, Jeju Island | Hari esoknya, ciksun checkout bilik twin Hotel Tong Yeondong semalam untuk masuk bilik triple dengan Prof ciksun pulak. Diorang sampai dalam pukul 10 pagi gitu dari Singapore. Then, uruskan pengambilan kereta sewa, dalam pukul 11 lebih gak baru diorang sampai depan hotel. Ciksun bawak terus luggage masuk dalam kereta sekali. Rasa lega yang tak tahu nak describe bila nampak wajah-wajah yang kita kenal sejak sampai Korea seorang diri. Allahu. Alhamdulillah.
Prof ajak makan tengahari di Rajmahal Indian Restaurant. Nak cari restoran tu senang aje pakai GPS dekat kereta. Tapi nak cari parking nya ha, bercinta jugak lerr. Kitorang park tepi jalan aje dan menapak sedikit jauh ke restoran. Cuaca pun mendung-mendung macam baru lepas hujan. Tapi memang dari pagi lagi ciksun dapat wireless emergency warning dekat phone, bagi amaran hujan lebat dekat Jeju. Banyak kali dapat mesej tu sampai penat translate kat Papago sebab dalam Hangul sepenuhnya. Haha!
Ni lah kat dalam Rajmahal Indian Restaurant tu, cantik kan interior dia. Restoran ni menyediakan menu-menu halal dan makanannya tema makanan India. Mostly setakat yang ciksun jumpa kat Korea ni memang restoran yang diyakini Muslim boleh makan adalah restoran India. Selain tu, korang boleh cari seafood only restaurant atau vegetarian restaurant, cuma kebanyakan restoran kat Korea memang ada serve alkohol untuk non-Muslim. So, kena tahu ni dulu dan terpulang kepada korang nak pergi ke tak.
Kitorang datang berenam, tapi ambik set untuk 4 orang. Sebab kitorang fikir portion dia mesti besar punya. So, untuk set ₩100,000 ni, didatangkan dengan Green Salad, French Fries, Tandoori Chicken & Prawn (4pcs), Chicken Tikka Masala, Prawn Curry, Lamb Masala, Plain Nan (3pcs), Plain Rice dan Plain Lassi (4pcs). Nasi putih tu dia bagi 1 pinggan aje. Tapi kitorang ok je, share sikit-sikit berenam sebab menu-menu lain pun da banyak.
Sedap dan recommended. Alhamdulillah. First time juga makan Udang Tandoori tu, fresh udangnya. Tapi paling suka Lamb Masala, cuma ciksun lupa sungguh nak ambik gambar. Mungkin sebab dah lapar sangat. Hahaha! Kalo korang datang makan kat sini, kena cuba Lamb Masala dia tau! Rasa pedas-pedas berempah gitu.
Lepas makan, kitorang singgah pulak National Geographic shop tak jauh dari restoran tu. Prof nak tengok apa yang boleh dibeli. Ada macam-macam produk NG kat sini, yang mana bila korang beli, sedikit portion dari keuntungan tu akan disumbangkan kepada penyelidikan dan pendidikan diorang di seluruh dunia.
Tak lama lepas tu, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya. Subhanallah. Berteduh kitorang sekejap dekat luar deretan kedai, then bila hujan dah reda sikit, Dr. Azizul pergi ambik kereta, pinjam payung dekat restoran Rajmahal tadi. Gerak ke Shilla Stay Hotel untuk daftar conference, join keynote speaker kejap sebelum gerak semula ke Hotel Tong Yeondong untuk checkin.
Lepas checkin, rehat ke? Tak lahhh. Kitorang terus keluar explore Jeju. Haha! Nanti ciksun share dalam entri lain ek!
Bye!
P/S: Hujan kat Busan sejak semalam tak berhenti. Tak dapat nak keluar ke mana-mana weekend ni.
7 Comments
betul dekat Busan/Jeju mmg susah nak cari makanan Halal tapi kalau kat Seoul bole jumpa halal restaurant.. nnt ada rezeki bole jejak seoul plak.. hehehe ok next story!
ReplyDeleteMakan masakan India di Jeju. Menarik tengok udang tandori itu.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMudah cari tempat makanan halal
Nasib baik menu dai ada translation...
ReplyDeletewah nak hujan lebat pun ada amaran ye.... bagus sungguh.
ReplyDeleteOk, nanti kalau pergi sana kita try Lamb Masala dia.. 🤣. Ntah bila la nak sampainya Cik Sunnnn.
ReplyDeletealhamdulillah..seronok sgt bila jumpa halal rest kan.. sedapp nampak semuanya pun
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com