Fly ke Jeju - Naik Subway Dari Rumah ke Gimhae International Airport, Busan | Sehari selepas tiba di Busan, ciksun dah beli tiket untuk fly ke Jeju Island pulak. Ada conference kat sana bermula dari 23 Ogos. 22hb malamnya ciksun punya flight naik Jin Air. Dari pagi, ciksun masih lagi menunggu parcel pertama sampai ke rumah di Busan. Kawan ciksun belikan simcard Korea untuk ciksun.
Risau juga waktu tu, entah pukul berapa la simcard nya nak sampai. Ciksun dah nak gerak ke airport lepas Asar. Time hampir nak gerak, bukak pintu rumah, eh dah ada parcel dah tepi pintu. Ooo, diorang kat sini jenis tinggal je parcel tepi pintu. Alhamdulillah, dapat dah simcard, terus masukkan dalam fon. Tapi ada masalah pulak simcard nya sampai la ciksun balik dari Jeju baru setel.
Nak tahu tak kenapa?
Phone ciksun boleh guna dual simcard. Jadi ciksun pakai la dedua sekali. Rupanya bila pakai dedua macam tu, dia jadi limited access untuk simcard Korea tu. Ciksun just realized benda ni bila saja try keluarkan dulu simcard Malaysia dan pakai simcard Korea tu semata. Lahh, baru la ciksun dapat guna simcard tu sepenuhnya. Kalau tak, masa limited access tu ciksun hanya boleh text whatsapp dan Kakaotalk saje. Nak guna map ke, hantar gambar ke, bukak social media ke, semua tak boleh. Seksa betul rasanya. Kena mengharapkan wifi aje selama seminggu tu.
Bayangkan lerr, kita ni nak pergi airport pakai subway, baru-baru nak belajar. Nak rujuk Naver Map or Kakao Metro pun tak lepas. Hahaha! Bertabah lahhh. Subway station tak jauh dari rumah ciksun, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Untuk first time, ciksun tak beli pun Transportation card Korea. Pakai cash aje kat mesin beli tiket. Beli one way journey tiap kali. Tak study lagi pasal transportation card tu semua.
Dari rumah ciksun, naik subway Line 2 dekat Kyungsung Univ. Pukyong NAT'L Univ. station sampai ke Sasang station (₩1,600). Kena tukar train pulak naik Busan-Gimhae Light Rail dari Sasang station ke Gimhae International Airport (₩1,400). Yang ni tricky sikit, untuk yang baru sampai macam ciksun ni jadi blur blur. Rupanya kena jalan jauh sikit dari tempat kita exit dari subway Line 2 tadi, ikut je signage yang ditunjuk dekat station tu untuk ke Busan-Gimhae Light Rail punya station. Sebab dia kan train yang berbeza, so akan naik dekat platform lain.
Alhamdulillah, ciksun selamat sampai airport pada masa yang dirancang. Memang berbaloi-baloi naik subway, tapi ambil masa yang lama sikit lah. Lama pun tak sampai sejam. 45 minit je lebih kurang. Tukar kepada RM, dalam RM12 aje berbanding naik teksi hari tu. Gulppp.
Dan flight ciksun pulak delay dari pukul 7 malam jadi pukul 8 lebih malam. Jin Air ni rasanya memang camni, banyak delay. Masa balik dari Jeju ke Busan pun delay jugak tapi tak sampai 1 jam lah. Ok, nanti ciksun sambung cerita bila dah tiba kat Jeju pulak ek.
Bye!
1 Comments
Dah jumpa tak tangga subway tinggiiiiiii hahahahahaha.. adoii ingat-ingat fobia tengokk tangga hahahahah
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com