Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea | Entri ni mula dikarang pada Hari Merdeka, jadi satu perenggan atas kene delete sebab hari ni dah bukan Hari Merdeka 😂

Alhamdulillah, dah hampir dua minggu ciksun kat sini. Sampai Busan kul 10 pagi 21 Ogos 2023. Dalam tengahari juga baru sampai rumah. Dari airport ke rumah, ciksun ambik teksi aje. Tapi pakcik teksi tu tak berapa tahu sangat jalan, so ambik masa sejam lebih mencari bangunan rumah ciksun. Siap tanya sana-sini, pun tak tahu kat mana. Sampai akhirnya ciksun nampak agent rumah berdiri depan bangunan. Kenal sebab kawan ciksun ade share gambar agent tu kat KakaoTalk masa ciksun mintak gambar rumah. Allahu, dengan time tu ciksun belum ada simcard Korea lagi. Bergantung sepenuhnya kepada public wifi yang kejap ada kejap hilang. Serabut juga dibuatnya.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
View sepanjang jalan dari airport ke rumah di Nam-gu.

Prof. Yeon pun call guna whatsapp, tak masuk sebab takde line. Whatsapp semua masuk bila ciksun dah dekat rumah, connect dengan wifi rumah. Prof. Yeon hantar student master dia, untuk tolong ciksun berkomunikasi dengan realtor tu sebab dia tak pandai cakap omputih. Student tu pulak orang Myanmar, pandai cakap Korea. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
Sign kontrak rumah 6 bulan di pejabat realtor.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
One room rental di Nam-gu, Busan.

Ni lah rupa rumah ciksun. One room rental, macam studio lah lengkap semuanya. Tak besar sangat, tak kecik sangat. Cukup-cukup la untuk ciksun duduk seorang diri selama 6 bulan. Bilik ada peti ais, mesin basuh, dapur, bilik air, almari, katil dengan tilam, TV, aircond, heater, dan wifi. Cuma takde bantal, selimut, pinggan mangkuk, dan segala perkakas asasi lainnya. Yang ni kena beli sendiri lah. Ciksun perasan ada Daiso tak jauh dari rumah masa pergi sign kontrak dengan realtor tu kat office dia. Jadi petang tu ciksun pergi Daiso untuk beli apa yang patut.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
Pergi Daiso jalan kaki je.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
Ni sebelum kemas.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
Dah kemas, nampak la macam rumah kan. Tapi ni hari pertama. Sekarang dah makin bertambah tepi sinki tu.

Alhamdulillah, Dah Hampir Dua Minggu di Korea
Stok makanan sementara belum jumpa pasar.

Mahal memang mahal jugak la kos hidup kat sini. Sebab tu suami ciksun tak ikut datang sini. Tak cukup bajet untuk kitorang berdua. Nanti insya'Allah ada rezeki lebih, dia datang jenguk ciksun kat sini. Doakan moga murah rezeki kami, ya. Mengalir air mata jugak dalam flight and masa duduk sorang atas katil. Rasa macam awkward sangat sorang-sorang di tempat asing. Rasa macam nak balik Malaysia time tu jugak, and soal diri sendiri kenapa la sanggup ambik kerja ni. Huhu.

Tu la perasaan masa awal-awal sampai.

Now da hampir dua minggu, dah boleh adapt sikit-sikit dengan kehidupan baru ni. Muslim kat sini sangat minoriti. Ciksun tak jumpa lagi orang Malaysia, jumpa orang Indonesia aje masa conference kat Jeju Island. Itu nanti ciksun share dalam entri lain ek. Sebab dah dua minggu, memang bertimbun la cerita yang nak dikongsi tu. Haha! Padan muka, sape suruh lambat update!

Yang penting, ciksun perasan orang kat sini jenis don't care, and mungkin diajar dari kecik supaya tak perhatikan orang sampai orang rasa tak selesa. Jenis tak banyak soal juga. Jadi mudah kat situ dan kita pun tak rasa berbeza walaupun memang tak sama, alhamdulillah.

Ingatkan nak keluar lagi malam ni pergi emart beli barang dapur, tapi hujan pulak.


P/S: Terima kasih suami, kawan-kawan team Marshmallow, housemates yang datang buat surprise hantar kat airport, dan lelain. Ciksun sangat hargainya.

Post a Comment

7 Comments

  1. Biasalah ya kedak masa mula2 kita masuk uni dolok rasa awkward, rasa sorang2 jak. Kelak dah ada kawan di sinun, Insha Allah perasaan ya akan beransur hilang. Gambatte, Ciksun!

    ReplyDelete
  2. Lengkap juga kemudahan.
    Selamat bekerja di sana.

    ReplyDelete
  3. Selamat bertugas Ciksun!
    Rezeki Ciksun dapat pengalaman bekerja di luar negara, ambillah sebanyak mungkin peluang dan ilmu. Semoga dipermudahkan segala urusan Ciksun 🤲

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nampak selesa kediaman tu.. Tinggal seorang insyallah cukup kalau husband dtg pun sekejap-sekejap jer kan.. Insyallah moga murah rezeki.. Yeapp cost living di Korea sgt lah mahal.. Dulu pn makan ala kadar je sbb nk survive huhuu

    ReplyDelete
  5. bertabahlah ciksun... demi kerjaya berkorban sekejap... ambik angin di tempat org... jaga dirik selalu k... iboh mls update... er, camne cuaca di sinun nektok?

    ReplyDelete
  6. salam rabu dr Malaysia..good morning.
    baca kat blog sis lin..mcm pernah baca jugak blog sis ni.. than jengah2..ooo.. yeah i know cuba x perasan kenapa MA lama x jengah sini... sorry.. btw...congrats & all the best on your new chapter & journey.. di negara orang.. in sya Allah makin lama akan makin selesa la tu.. i feel you sbb pernah melalui nya jugak dulu... take care key!!!

    ReplyDelete
  7. ohhhh dah sampai Korea ke CikSun ni..ammi tertinggal kapal terbang da

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com