Ticker

6/recent/ticker-posts

First Time Makan Loklok Dengan Sis Lin

First Time Makan Loklok Dengan Sis Lin | Ni kisah hampir dua minggu yang lepas. Tengah transfer-transfer gambar dari dropbox ke laptop, nampak gambar ni walaupun sekeping je gambarnya. Haha! Nak share jugak kat sini sebab first time makan, dah jatuh hati.

Selama ni ciksun ingatkan loklok tu macam yong tau foo or steamboat cucuk-cucuk tu. Rupanya loklok ni cucuk-cucuk yang bergoreng. Lahh, salah faham selama ni. Dah sampai kedainya kat Masai nun pun, siap pilih cucuk-cucuk, pilih tahap kepedasan original, dah duduk kat meja, masih belum tahu. Akhirnya bila nampak meja sebelah makan, baru la sedar bahawa loklok ni bergoreng. Hahaha! Mamposs kena gelak dengan Sis Lin

First Time Makan Loklok Dengan Sis Lin

Ni je ciksun pilih sebab ada order Nasi Lemak Telur sekali. Memang lapar sebab belum makan lagi hari tu, tapi da ada nasi lemak tu, cukup lah. Ciksun pilih original je sebab takut pedas. Tapi bila rasa Sis Lin punya, takde la pedas sangat ha. Next time boleh pilih yang pedas pulak. Ku bayangkan macam yong tau foo, sup dia plain or pedas. Lahhh. Kelakor! Hahaha!

Sedap jugak loklok ni, lagi-lagi kalo kita suka dengan pilihan kita tu. Kat sini 1 cucuk 99 sen, kira RM1 lahh. Sis Lin cakap sebelum ni lagi murah harganya, sekarang dah naik. Ooo. Sempat la juga ciksun merasa dan jumpa Sis Lin sebelum berangkat pergi. Alhamdulillah.

Mekasih Sis Lin, jaga diri bebaik tau, nanti kita jumpa lagi beberapa bulan kemudian. Insya'Allah.


P/S: Hari ni last kat Malaysia, rasa macam nak pergi farmasi topup pil alergik.

Post a Comment

15 Comments

  1. ok Selamat fly sunah.. semoga dipermudahkan perjalanan awak... kalau ada rezeki, kita jumpa november nanti k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. g topup cepat ubat2 yg perlu.. kat sana kang mahal plak harga

      Delete
  2. Selamat memulakan kerja baru di Korea 💕

    ReplyDelete
  3. Alaaaa....x sempat nak jumpa Cik Sun...jumpa masa balik sini nanti la ye...

    ReplyDelete
  4. Loklok...selalu tengok cerita korea je kat siti... tak pernah lagi makan loklok..hahaha

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan. Selamat pergi dan kembali. A-Min

    ReplyDelete
  6. aie.. duhal loklok bergoreng.. kmk pk pun yg mcm oden ya cumanya xdalah berkuah gia... ri tok ktk ke korea oo?? boh lupak share kelak rumah sewa/homestay kt di sinun... nk nangga sama x mcm dlm kdrama... hehehe.. semoga dipermudahkan perjalanan menimba ilmu di korea

    ReplyDelete
  7. Selamat berhijrah sahabatku.. aku setia menunggu kepulanganmu.. jangan tak reti nak balik pulak yaaa...

    ReplyDelete
  8. Semoga urusan di sana dipermudah ya Sunah. Baca kat blog sis lin datang sini.

    ReplyDelete
  9. ohhh ingatkan macam lokcin tu rupanya bergoreng. nampak sedap gak tu. Boleh try lepas ni hehehe

    ReplyDelete
  10. Pergi mana itu? Ketinggalan tidak tahu.
    Semoga selamat perjalanan.

    ReplyDelete
  11. baru tau juak. semoga semua dipermudahkan ditempat baru

    ReplyDelete
  12. Loklok... Dari apa diceritai mcm sedap huhuu.. Semoga ceria sentiasa di Korea..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com