Ticker

6/recent/ticker-posts

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi | Lahh, ada kawan-kawan tanya mana Marshmallow dalam entri gathering fans Marshmallow tu. Hahaha! Ciksun saja tak share kat situ sebab banyak nau gambar dengan Mallow nye. Naik Bukit Kerinchi empat pagi berturut-turut kan. Mesti la ada ambik gambar Mallow setiap hari sampai penuh gallery 😂

Bagi yang nak tengok Mallow, nah ciksun share cerita bergambar spending time dengan Mallow masa kat KL sebelum raya haji tu.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Hari Pertama - ramai jumpa Mallow hari Ahad. Time ni daddy Mallow baru balik dari bercuti empat hari dekat Bali, Indonesia. Jadinya Mallow lebih excited nak main dengan daddy daripada makan.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Nak ke tempat Mallow makan, kalau dari entrance depan Pusat Komuniti Lembah Pantai, akan turun naik tangga ni. Mengah lah jugak nak naik balik lepas jumpa Mallow.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Marshmallow dan daddy Mallow - tiap hari pagi dan petang daddy masuk bagi makan kalau tak ada apa-apa halangan.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Budak bertuah ni walaupun dah 8 bulan daddy bagi dia makan, dia tetap tak bagi kepercayaan kepada sesiapa pun untuk sentuh dia. Dia akan sangat-sangat terkejut bila someone sentuh walaupun ekor dia. Jadi, agak sukar untuk bawak dia turun dari bukit ni. So, kepada yang tanya kenapa tak bawak balik, ini jawapan dia.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Mallow pandai jaga jarak dia dengan manusia. Kalau hikers nak lalu pun, dia akan duduk tepi dalam semak bagi diorang lalu dulu. So, takde istilah Mallow serang hikers, melainkan hikers yang attack dia dulu.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Kenapa Mallow selalu menggaru perut? Sebab Mallow duduk dalam hutan, banyak nyamuk gigit perut dia dan Mallow pulak suka seret perut dia kat tanah bila happy. Ko cuba golek-golek kat tanah tak pakai baju dulu, baru tahu. Haha! Vitamin, ubat cacing, ubat kutu, setiap bulan kawan-kawan daddy bagi pada Mallow.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Dalam hutan pun Mallow ada musuh, paling ketat adalah monyet ni. And ada juga beberapa ekor anjing liar lain yang masuk dalam hutan. Ada yang suka attack Mallow (team Candy), ada yang Mallow attack (Chipsmore). So, sampai sekarang Mallow takde kawan strays kat atas bukit tu. Melainkan yang datang bawak indoor dog, Mallow nak kawan dengan diorang - Aty, Charlie, dll.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Ramai cakap "sedih je Mallow". Memang muka Mallow jenis monyok gitu ye sebab bentuk kening atas mata dia tu. Dia happy pun muka dia macam tu jugak. Hahaha!

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Kawan-kawan daddy Mallow baik hati tanam pokok pudina dan selasih untuk halau nyamuk. Tapi tak sampai seminggu dah hilang satu pokok, da habis mati pokok pudina kena petik oleh hikers lain.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Mallow dengan daddy mesti nak makan bersuap - untuk bonding dan bina kepercayaan Mallow, dan make sure "lantai" hutan tetap bersih tanpa sampah-sarap. Air Mallow cukup dalam hutan ni, sungai pun ada tempat dia minum.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Sampai sekarang, kitorang tak tahu Mallow ni baka anjing apa. Telinga dia unik, capang macam telinga Dobby Harry Potter.

Spending Time With Marshmallow Bukit Kerinchi
Alhamdulillah untuk kasih sayang yang Allah kongsikan melalui Marshmallow 💖

Semoga Mallow terus sihat walafiat kat sana.
Kesayangan semua.
Bila dia takde je dalam live, orang akan tanya dan risau.

Doakan, one day Mallow akan dapat forever good home.

Nak tengok live Marshmallow setiap hari pukul 7 pagi dan 5 petang, boleh follow TT suami ciksun: 

Post a Comment

3 Comments

  1. kita wak kalau nampak anjing dari jauh dah engkat kaki dulu... fobia kecik2 kena kejar anjing hehehe...

    ReplyDelete
  2. kita ok je dengan anjing, tapi suami penakut gila dengan anjing. depan rumah ni port anjing gelandangan. dulu selalu bagi makan, tapi bila bagi makan dia anggap kita ni tuan dia dan pantang pagar terbuka dia nak masuk rumah.

    ReplyDelete
  3. Selalu juga perasan mallow ni dalam TT. Behavenya mallow. Semoga mallow sihat dan bahagia di situ.

    Eh, hikers pun tak behave ye petik petik daun pokok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com