Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Umai Udang Sarawak - Sedap Juga, Pertama Kali Buat

Resepi Umai Udang Sarawak - Sedap Juga, Pertama Kali Buat | Korang pernah rasa umai? Ciksun first time rasa yang ciksun buat sendiri masa gathering fans Marshmallow Bukit Kerinchi tu lah. Ciksun nak share kat sini resepinya sebab memang sedap rasa dia. Tak sangka pulak sesedap tu. Hahaha!

Resepi Umai Udang Sarawak - Sedap Juga, Pertama Kali Buat

Ciksun buat untuk 20 ekor udang, so bahan-bahan tu ciksun gandakan la kepada 3 - 4 kali. Korang boleh adjust juga ikut citarasa korang ye. Ciksun masa tu takde cuka, so tak letak cuka. Rasa limau kasturi tu saje pun dah ok dah dan udang pun dah masak bertukar warna.

Resepi Umai Udang ni daripada Dayang Jack.

Bahan-bahan:
5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil-kecil)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci belacan*
1 biji cili merah*
1 biji bawang besar (dimayang)
3 biji cili api (dihiris) - optional
1 sudu mkn kacang tanah (yg telah digoreng dan dikisar) - optional
1 sudu makan cuka
5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
sedikit garam dan gula
untuk hiasan(jika suka): daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai

Cara-cara membuatnya:
  1. Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dalam satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Kalau nak hiris memanjang pun okay.
  2. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat - ciksun kisar aje (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris sahaja).
  3. Masukkan bahan * dan kesemua bahan yang selebihnya ke dalam bekas/mangkuk perapan udang tadi.
  4. Perapkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam (udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dengan bahan-bahan tadi).
  5. Hidangkan dengan nasi panas.

Post a Comment

5 Comments

  1. Nang nyaman tok... esp mun udang fresh.... senang gik nk dipolah dpd umei ikan... tp mun udang x fresh ya hmm jaik rasanya

    ReplyDelete
  2. Oh, mmg ia akan masak sendiri eh bila perap macam tu. Nanti mana tau teringin nak makan boleh cuba resepinya.

    ReplyDelete
  3. ooo... ingatkan makan mentah2 gitu. masak guna asid la kiranya ni

    ReplyDelete
  4. Ohh ingatkan udang rebus. Rupanya masak cara lain. Pernah tengok stacy anam masak hinava, guna kaedah perah limau pada isi ikan untuk masakkan ikan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com