Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Soto Nasi, Mee Rebus, Lontong Kering dan Chinese Bun di Resto Rumah Mas, Johor Bahru

Makan Soto Nasi, Mee Rebus, Lontong Kering dan Chinese Bun di Resto Rumah Mas, Johor Bahru | Semalam ciksun share Kuih Pandan Leleh yang ciksun makan dekat Resto Rumah Mas. Sebenarnya, masa tu ciksun pergi sarapan pagi kat sana lepas hiking dekat Sireh Park. Ada dua pilihan destinasi sarapan, sama ada nak ke Pondok Santapan Larkin atau pun ke Rumah Mas. Akhirnya Rumah Mas dipilih sebab Nada pun familiar dengan restoran ni, dah selalu order masa PKP dulu katanya. Ciksun pun ni kali kedua ke sini, dulu kali pertama dengan Sis Lin.

Masa sampai tu, alhamdulillah rezeki dapat parking betul-betul depan restoran. Full house jugak sebab hujung minggu kan. Kena berbaris sekejap tunggu meja kosong, tapi tak lama pun sebab ada beberapa penghuni meja da siap makan dan beransur balik. Dapat meja, diorang terus bagi buku menu. Pilih sekejap dari buku tu, jengah-jengah meja sebelah, meja depan, meja belakang, okay dah buat keputusan masing-masing nak makan apa. Panggil pelayan restoran, terus order. Sementara tunggu makanan sampai, ciksun bagitau Ibah dan Nada, ada kuih-muih dijual di kaunter. Time tu lah diorang ambik Kuih Pandan Leleh tu.

Makan Soto Nasi, Mee Rebus, Lontong Kering dan Chinese Bun di Resto Rumah Mas, Johor Bahru

Haaa, ni la menu sarapan pagi kitorang time tu. Ciksun order Soto Nasi dengan Chinese Bun. Besar jugak portion Soto Nasi tu, ingatkan kecik je. Tu yang order jugak Chinese Bun. Nada order Lontong Kering, tapi dia tak puas hati sebab takde sayur-sayuran dalam Lontong Kering tu. Hahaha! Ibah pulak order Mee Rebus. Memula dia nak order Mee Rebus Gearbox tapi da habis, tinggal yang biasa aje. Yang biasa pun kosong takde daging. Telur je ada. Mujur sedap juga semua, sambal Chinese Bun tu pun sedap, berasa ikan bilisnya walaupun takde ikan bilis seketul-seketul macam dalam gambar menu.

Tengok meja sebelah, order Daging Harimau Menangis, Nasi Kerabu, Nasi Lemak. Nampak sedap betulll, tapi memasing dah kekenyangan. Alhamdulillah. Next time boleh la datang lagi try makanan lain pulak!

Resto Rumah Mas
96, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor

Buka Selasa - Ahad | 8.30 am - 4.30 pm
Isnin TUTUP

Post a Comment

3 Comments

  1. Dah lama tak makan Harimau Menangis, teringin pula rasanya

    ReplyDelete
  2. Nyaman2 semua makanan. Chinese bun ya mcm best jak.

    ReplyDelete
  3. bila gaknya nak sampai kat rumah mas ni.Tengok menu semua sedap-sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com