Makan Sushi King, Redeem Complimentary Birthday Dessert | Semalam,
ciksun ajak dak Ibah berbuka puasa dekat Sushi King. Ciksun nak redeem
birthday dessert yang Sushi King bagi dekat member pada bulan kelahiran.
Memula pergi AEON Taman Universiti, tapi rupa-rupanya Sushi King tu temporary
closed, tengah ada renovation, tengok dari luar. Tak pasti la tu, sebab nampak
dari parking aje. Then ajak la Ibah pergi Paradigm Mall, JB. Masa tu da lebih
pukul 7 malam. Redah aje lah jammed.
Sampai Sushi King Paradigm Mall JB, sekali staff dia kata cash payment je
diterima. Cashless payment tengah problem. Lorrr, dah masuk Maghrib time tu,
kena turun bawah cari ATM machine. Perut dah lapar sangat. Jauh jugak mencari
sebab tak ingat ATM machine kat mana, yang pasti sebelah escalator dan dekat
dengan Uniqlo. Tapi tak ingat Uniqlo kat mana, google sekejap, baru jumpa ATM
machine dekat ground floor, G-53. Then naik atas balik, pergi ke Sushi King
semula. Mujur banyak meja kosong.
Terus duduk dan order air. Macam biasa lah, ciksun akan order iced green tea.
Ibah pun sama. Then pilih Mix & Match meal, Yakiniku Don dengan Tempura
Udon. Ibah order bento. Ciksun tambah jugak Inari Boat sebab sushi dekat belt
tu tak berapa menarik dan tak ada yang ciksun suka. Edamame je yang ciksun
amek dari kaiten. Dessert pulak staff dia bagi bila dia nampak kitorang da
habis makan. Dapat Brownie & Vanilla Ice Cream. Sedappp!
Alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Memang rasa penuh sampai tegang
perut. Gi surau, solat Maghrib, lepas tu boleh pulak pergi FamilyMart beli
aiskrim coklat. Haha! Memula ingat nak gi Starbucks redeem birthday rewards
jugak, tapi fikir-fikir perut penuh, malas pulak nak pergi beli dan bajet
pun tak seberapa. Tak pe lah, ku abaikan aje Starbucks tu, next month je
redeem reward lain yang diorang bagi sebab isi survey hari tu.
Lepas tu, Ibah ajak pergi Guardian dengan Watson, dia nak beli ape tah.
Ciksun tak dapat fokus dah sebab perut memulas. Boleh pulak pergi toilet
sementara Ibah membeli-belah. Hahahaha! Maaf lerr, terlampau penuh muatan,
kena lepaskan serba sedikit 😂
Hari ni kat rumah aje siang, petang kang pergi Legoland teman kak Ajan.
Korang buat ape je hari ni?
3 Comments
Jenuh ya cari mesin ATM.
ReplyDeleteSelamat bergembira hari ini.
mata saya tertumpu pada aiskrim alamak mana nak cari aiskrim time2 macamni haha
ReplyDeleteNi untung jadi member ni....
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com