Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor | Jarang-jarang kita buat hunting roti canai. Sekali-sekala ada kawan-kawan ajak pergi makan and rekemen pulak kedai makan yang confirm sedap, apa lagi kan? Ciksun ke restoran Roti Canai Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor ni lepas hiking kat Bukit Kerinchi bagi Marshmallow makan dengan suami. Dari Pantai Dalam ke Taman Medan tu dalam 15 - 20 minit macam tu.

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Kalau korang nak ke sini, waze Roti Canai Kulaan Taman Medan. Restoran ni terletak antara bangunan apartment, kalau korang nampak Restoran Asmaas, haa masuk lorong tu sampai hujung nun, pasti akan jumpa. Parking agak susah sikit, sape cepat, dia dapat lah. Restoran ni bukak setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 6 pagi sampai 12 tengahari. Ada macam-macam menu disediakan, tapi paling femes tentulah Roti Canai dia!

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Memang sedap dan lembut, cicah dengan kuah dhal. Boleh makan berkeping-keping. Nak Roti Canai banjir pun hado, ciksun belek gambar dekat google, Roti Sarang Telur pun ade yeee! Penebar roti tu owner nya sendiri Encik Mizi dan anak lelaki dia. Wife Encik Mizi, Puan Fazurawati pun membantu dekat kedai. Kat sini, kalau hujung minggu memang penuh lerr. Bawak-bawak bersabar tunggu nak duduk ek. Haha!

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Selain tu, Nasi Lemak Bungkus, Soto dan Bakso pun ada. Ciksun dah try Soto dia, kalau tak sebut nak soto apa, diorang akan letak nasi impit dengan bihun sekali. Sup dia sedap, light-light aje. Sejak first time suami ciksun makan kat sini, tiap minggu mesti dia nak datang makan sini gak. Nampak nauuu memang menepati selera dia lah tu 😂

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Ni la antara kengkawan yang perkenalkan Restoran Roti Canai Kulaan ni. Yang berdiri tu owner restoran, Encik Mizi dan Puan Fazura. Alhamdulillah, terima kasih Kak Ita introduced kedai makan sedap ni! Kak Ita yang duduk depan ciksun tu tudung grey. Dia stay Taman Medan ni aje dan ada buat tempahan kuih-muih.

Makan Roti Canai Sedap Mizi Kulaan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Ni Donat Red Velvet, Pau Sambal dan Brownies Kak Ita buat, sedapppp! Kalau korang yang stay area Taman Medan atau berdekatan nak order, boleh contact terus kak Ita dekat Instagram dia ek! Kekadang dia LalaMove jugak kat suami ciksun yang duduk Pantai Dalam, KL nun. So, kalau korang kat KL, still boleh order selagi dalam capaian LalaMove. Haha!

Jangan tak cuba dedua rekemendasi ni kalau dah dekat PJ!

Bye!

Post a Comment

7 Comments

  1. salam singgah. kulaan ni rasanya bahasa banjar. lama tak pegi taman medan ni.last 20 thun ke 16 tahun lepas. tempat best mmg rmai je org beratur and ngulang datang. biasanya sebab sedaplah

    ReplyDelete
  2. Ooo.. Ok, kalau ke sana.. boleh try... Dah tahu mana yang sedap, mudah ler.. Cuma nak kena bersabar lebih sebab ramai nau ek..

    Lama tak makan roti sarang ..

    ReplyDelete
  3. sedap roti canai ni dekat gebu adunan dengan kuahnya kan

    ReplyDelete
  4. Warna roti canai dia pun cantik!

    ReplyDelete
  5. Kalau sedap memang ramai pelanggan datang dan penuh sentiasa. Suka jugak sup light light je. Kalau saya mesti order soto tu. Suka soto nasi impit, sambal kicap wajib ada!

    ReplyDelete
  6. Tempat tok la kitak padah roti canainya nyaman ya kah? Boleh la cuba mun lalu area sitok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com