Ticker

6/recent/ticker-posts

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor | Mana nak cari Laksa Sarawak dan Mee Kolok yang betul-betul kena tekak anak Sarawak kat area Skudai ni? Jarang sekali jumpa, mostly kena pergi jauh sikit ke bandar Johor Bahru. Mee Kolok pun sama, kena pergi ke Hutan Bandar MBJB kalau dah teringin sangat. Tapi sejak kak Rose bukak restoran dia di Taman Pulai Utama, Skudai, ciksun dah tak perlu pergi jauh-jauh ke JB. Kak Rose ni orang Sarawak juga tapi dah lama menetap di Semenanjung Malaysia.

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor
Gambar: Kak Ajan

Dah lama jatuh cinta dengan Laksa Sarawak dan Mee Kolok kak Rose, sejak dia beroperasi di food court U-Mall Skudai lagi. Time ni Bihun Goreng Daging dia pun menjadi pujaan hati ciksun, menu paling selalu ciksun order dekat FoodPanda. Then, bulan Mei 2023 ni baru dia berpindah ke bangunan kedai depan office ciksun. Gembira lah hati bukan kepalang, sebab boleh jalan kaki aje ke depan office untuk makan Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Hihi.

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak kak Rose ni dia guna resepi ramuannya sendiri. Tak ada pakai pes mana-mana ye. Tapi kalau korang biasa makan Laksa Sarawak guna Pes Haji Manan, haaa korang mesti suka sebab rasa dia seakan-akan hampir dengan tu. Cuma kak Rose punya mungkin agak pedas sikit, but still tolerable. Dihidangkan dengan Sambal Belacan air tangannya sendiri juga, tersedia dalam saiz biasa dan saiz special bermula dari harga RM10. Ciksun rekemen sangat kalau korang nak rasa Laksa Sarawak asli, yeeee, guna bihun. Tak suka tauge? Boleh request tak nak tauge macam ciksun. Hahaha!

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Ini pulak Mee Kolok, pun harganya RM10. Biasanya dilengkapi dengan daging, tapi kalau korang tak boleh makan daging, boleh request tukar dengan hirisan ayam. Ni pun kak Rose gigih masak dari awal pagi. Selain daripada menu Sarawak ni, kak Rose jugak menyediakan menu nasi campur sepanjang hari, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Hainan (Steamed & Roasted), Nasi Lemak, serta ada Warung Satay sebelah malam.

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sedap di Ophelia Corner Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Ikutkan kedai kak Rose bukak dari pukul 8 pagi lagi, tapi selalunya makanan akan betul-betul ready by 10 pagi. So, ciksun galakkan korang datang selepas 10 pagi untuk mengelakkan kekecewaan.

Nah ciksun share details restorannya ya!

Ophelia Corner (De' Chintarasa)
No. 1, Jalan Pulai 25, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor

Buka setiap hari:
Rabu - Isnin: 10 pagi - 12 malam
Selasa: 5 petang - 12 malam

**Juga menerima tempahan catering

No. Tel: 011-3778 5981
Email: ijakamil7779@gmail.com

Post a Comment

4 Comments

  1. Biasanya memang restoran betul-betul ready dengan segala makanan dan lauk-pauk selepas pukul 10 pagi. Barulah puas hati nak pilih mana satu makanan idaman.

    ReplyDelete
  2. Teringin pula hendak rasa laksa Sarawaknya.
    Bagus juga macam-macam ada. Boleh cuba lain-lain menu setiap kali datang.

    ReplyDelete
  3. Mesti kak rose tok kawn dgn org johor nak? err...ada kah laksa sarawak yg x makei meehoon?

    ReplyDelete
  4. alaaa...rindu nak makan mee kolok hj salleh la...kena pi Sarawak jugak nanti ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com