Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Gosok Mata!

Bahaya Menggosok Mata! | Sejak kebelakangan ni, ciksun asyik ternampak orang share tentang keburukan menggosok mata. Kawan ciksun sendiri pun tiba-tiba bagi pesanan dalam group whatsapp kitorang, jangan gosok mata! Sebabnya dia sendiri kene buat operation asbab tabiat menggosok mata, retina dia koyak dan kena fix dengan laser. Tak ramai yang tahu bahaya menggosok mata ni. Ada yang dah tahu tapi nanti lupa jugak, tetap gosok bila mata rasa gatal.

Nah ciksun kongsikan bahaya menggosok mata supaya kita sama-sama ingat ya!

Seseorang biasanya mempunyai tabiat menggosok mata sama ada akibat bendasing yang terbang masuk ke dalam mata atau apabila berasa letih dan mengantuk. Tindakan ini, secara faktanya adalah tabiat buruk dan boleh membawa kepada pelbagai komplikasi risiko kesihatan terhadap mata.

Jangan Gosok Mata!

Apakah akibat menggosok mata?

Menjejaskan penglihatan
Pertama sekali, menggosok mata boleh merosakkan penglihatan yang baik. Ini kerana menggosok memecahkan saluran darah di mata, menyebabkan percikan darah. Disamping itu, menggosok mata menyebabkan lingkaran gelap yang baru, yang anda selalu ingin singkirkan.

Konjungtivitis
Kesan konjungtivitis akibat daripada menggosok mata. Semua orang tahu bahawa tangan adalah tempat yang mengandungi banyak kuman. Oleh itu, apabila seseorang menggosok mata dengan tangan, kuman akan segera dipindahkan ke mata yang menyebabkan jangkitan.

Kerosakan kornea
Pada masa tertentu terdapat objek asing yang terperangkap di dalam mata seseorang. Ketika itu, mereka dengan sengaja menggosok mata untuk membuang objek berkenaan tanpa mengetahui bahawa tindakan itu sebenarnya boleh merosakkan kornea dengan menggarunya.

Begitu juga, menggosok mata terlalu kerap boleh menyebakan kornea menjadi semakin nipis. Keadaan ini dipanggil keratoconus yang menyebabkan penglihatan terganggu.

Keparahan masalah mata yang sedia ada
Bagi mereka yang menderita miopia atau glaukoma, menggosok mata akan memburukkan lagi penglihatan. Lebih serius, dengan meletakkan tekanan tambahan pada mata, ia boleh menjejaskan aliran darah ke mata, yang membawa kepada kerosakan saraf atau lebih teruk, kehilangan penglihatan yang kekal.

Bagaimana menghentikan tabiat menggosok mata?

Tabiat ini tidak sukar untuk ditinggalkan. Berikut tip untuk memastikan mata anda selamat dan sihat.
  • Sekiranya terdapat objek asing yang terperangkat pada mata anda, keluarkannya dengan mencuci mata seperti sterile saline atau pelincir atau air mata palsu. Jika kaedah ini gagal, berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan. Cuba untuk tidak menggosok mata kerana anda sudah tahu komplikasinya.
  • Terdapat banyak titisan mata yang memberi manfaat kepada mata anda seperti air mata tiruan atau antihistamin. Bagi penghidap alahan, doktor mungkin mencadangkan titisan mata steriod.
  • Gunakan titisan mata dengan kerap untuk menjaga mata daripada terhidrasi sambil mengelakkan kekeringan, kegatalan atau kerengsaan.
  • Jika anda berdepan dengan mata kering, dapatkan bantuan perubatan daripada doktor untuk ubat-ubatan.
  • Selain itu, anda boleh diet untuk meningkatkan keadaan mata anda yang sihat. Anda boleh menggunakan lobak merah, ikan berlemak atau sayuran berdaun gelap, lada benggala oren. Selain itu,anda juga boleh mengambil makanan tambahan seperti Vitamin A, vitamin E, zink, kalsium atau minyak ikan.

Sumber: Hello Doktor

Post a Comment

3 Comments

  1. MA antara yg suka gosok2 mata.. bila sedar tu cepat2 amik tisu & lap perlahan2...

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok video orang share di fb, bahaya gosok mata. Sejak tu memang risau betul kalau tergosok mata.

    ReplyDelete
  3. Cuya ni pon ad masalah mata...asyik berkelip2 banyak kali
    bertahun juga jadi....tapi Cuya try titis kan eyedrop
    sekarang pon sedang ikhtiar cara lain
    mungkin perlu ambil supplemen mata..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com