Hari Tasu'a dan Asyura - 9 dan 10 Muharram | Bulan Muharram adalah antara bulan yang sangat penting dalam Islam di mana di dalamnya ada Hari Asyura, salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad ﷺ. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Kenapa digalakkan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram?
Amalan ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas, Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya." [Hadis Riwayat Ahmad]
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, cara paling baik untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharram. Cara kedua yang terbaik adalah dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Manakala, cara ketiga adalah dengan berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Ini bermakna, tak salah kalau kita hanya berpuasa pada 10 Muharram saja.
Kafiat Puasa Hari Asyura
Ibn Abbas r.a menceritakan; apabila Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?"
Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa."
Lalu baginda (Nabi Muhammad ﷺ) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad ﷺ) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa. [Hadis Riwayat Imam Bukhari]
Aisyah r.a berkata; "Rasulullah ﷺ mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)." [Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]
1. Puasa Hari Asyura (10 Muharram)
Rasulullah ﷺ bersabda:
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya: "Puasa Hari Asyura itu kuharap kepada Allah agar ia menjadi penghapus dosa setahun sebelumnya." [Hadith Riwayat Muslim (1162)]
2. Puasa Hari Tasu'a (9 Muharram)
Abdullah bin Abbas r.a meriwayatkan:
حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Apabila Rasulullah ﷺ berpuasa pada Hari Asyura dan menyuruh umat Islam berpuasa pada Hari Asyura, para sahabat berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ia merupakan hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Kristian. Rasulullah ﷺ pun bersabda: Tahun depan, insya-Allah kita akan berpuasa pada hari ke-9 bulan Muharram.
Ibn Abbas berkata: Tetapi pada tahun berikutnya, Rasulullah ﷺ telah wafat. [Hadis Riwayat Muslim (1134)]
Lafaz Niat Puasa Tasu'a dan Asyura
Waktu Bacaan Lafaz Niat
Bacaan lafaz niat boleh diucapkan bermula malam hari sehingga siang hari sebelum waktu tergelincirnya matahari atau sebelum waktu zuhur pada hari Tasu'a dan Asyura.
Jom kita berpuasa pada 9 Muharram dan 10 Muharram. Semoga Allah menerima amalan kita. Ameen!
Sumber:
2 Comments
Terima kasih kongsi.. Penerangan yang sangat lengkap.
ReplyDeleteTq ingatkan. Insya Allah harap dapat buat.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com