Apa Beza Warna Penutup Botol Air Mineral? | Selama ni, memang tak ambik kisah pun dengan warna penutup botol air mineral ni. Biasanya ambik aje mana yang dah biasa minum, dan dekat botol tertulis air mineral. Kalau yang ditulis tu air minuman / drinking water, terus tak nak ambik. Sebab biasanya air minuman ni ada rasa lain yang ciksun tak berapa gemar. Macam rasa air kelapa tawar pun ada. Tapi ada orang, suka pulak rasa air kelapa tawar tu. Tekak masing-masing kan.
Baru-baru ni nampak kawan Facebook share gambar jenis-jenis penutup botol air mineral. Rupanya warna penutup botol air mineral ni bukan saja-saja nak kaler lain-lain. Tapi ada beza maknanya untuk setiap jenis tu. Warna biasa penutup botol air mineral yang kita nampak dekat kedai adalah hijau, biru dan putih. Ada warna lain lagi tak? Merah TGV cinemas punya, kuning GSC punya. Tapi kaler ni takde pulak diberitahu maksud dia. So, mungkin boleh refer dekat label botol air tu terus je kalau nak tahu.
Penutup Botol Air Mineral Putih
- Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan serta ditambah bahan kimia. Keaslian air semulajadi dah takde, sebab tu air mineral dengan penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water. Harganya yang paling murah antara semua botol air mineral.
Penutup Botol Air Mineral Biru
- Sumber dari air bawah tanah dan dipam naik untuk menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan. Kemudian baru boleh dilabelkan sebagai air mineral yang asli. Harganya tak terlalu mahal.
Penutup Botol Air Mineral Hijau
- Air mineral semulajadi diambil khas dari dalam tanah atau kawasan tertentu yang diperakui mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Harga gred A+ dan paling mahal antara semua botol air mineral.
So, memang bagus la sebenarnya jenama air penutup hijau ni kan. Ciksun pun kalo beli air mineral dekat stesyen minyak, mesti akan ambik yang penutup hijau. Kawan ciksun bagitau, air mineral jenama Spritzer yang berpenutup hijau ada kandungan silica yang sangat bagus terutamanya untuk rambut, kuku, tulang dan kulit. Kandungan silica dalam Spritzer jugak lebih tinggi dari air mahal Evian tu. Haaa.
Alhamdulillah untuk perkongsian ni. Moga korang pun dapat manfaat jugak!
Sumber: Yaya Natsumi
8 Comments
Tahu beza people warna putih dengan blue je.. Kaler hijau, baru kutahu ek! Tapi ada member aku, semua jenis mineral water dia takleh minum kecuali air jenis Evian mahal tuh dengan air yang dimasak! Fuh!
ReplyDeleteLepasni bolehlah try penutup hijau punya tuh ek.. tQ info
Pink pun ada kan.. baru tahu ada kod warna..
ReplyDeleteWarna ada peranan kan, bukan suka2 ;)
ReplyDeleteMasa belajar di UTM dolok, ada sorang classmate tiap2 minggu bapaknya hantar berkotak-kotak air mineral penutup botol kaler ijo ya ke kolej. Sebab nya cuma minum air mineral jak di rumah. Kmk org wonder bapaknya ya kali org banyak duit sbb air mineral kan mahal haha. Tapi kulit muka kawan sekelas ya nang kacak halus milus jak.
ReplyDeleteOooo.... ada makna ke di sebalik warna? Baru tahu!
ReplyDeleteaah aritu ade baca aritu..sejak dari tu mmg cari botol ijjo je
ReplyDeletePatutlah rasa lain kan. Lepas ni beli penutup hijau je lah. Tq share .
ReplyDeleteNak beli kaler hijau mahal.. rasa pun mmg berbeza berbanding biru n putih
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com